in

Gambar Juliza Adzlizan Kini Bertudung

Menerusi sebuah portal, penyanyi Juliza Adzlizan memberitahu keputusannya untuk tampil sopan dengan imej bertudung bukan kerana melalui kejadian-kejadian aneh seperti segelintir individu atau sengaja mahu mengikut trend terkini.

Jelas penyanyi berusia 47 tahun ini, penghijraan tersebut dilakukan selepas dia merasakan sudah bersedia menjadi seorang muslimah yang mengamalkan tanggung jawab dengan sempurna.

Juliza Adzlizan

“Saya sudah lama berniat untuk bertudung tetapi banyak sahaja kekangan terutamanya daripada segi pemakaian. Banyak koleksi pakaian saya yang kurang sesuai untuk dipakai dengan tudung. Jadi saya terpaksa ambil masa beli pakaian yang sesuai sikit-sikit dan tudung, lagipun saya jarang keluar rumah, sepanjang masa saya duduk rumah sahaja buat kek.”

Tambah Juliza, dia mula merancang untuk bertudung sejak beberapa bulan lalu, terutama sekali ketika menghadiri majlis-majlis keagamaan.

Bagaimanapun, baharu semalam (Selasa) dia mengakui benar-benar yakin untuk muncul dengan imej tersebut.

“Beberapa bulan lalu saya dah pakai tetapi untuk ke majlis-majlis tertentu sahaja, bila saya pakai saya rasa diri saya sempurna dan lengkap. Semalam baru saya pakai betul-betul dan yakin dengan keputusan saya ini, bukan apa, saya tidak mahu hanya pakai tudung tetapi amalan agama yang wajib masih lagi tidak bersedia. Saya mahu bila saya berubah dalam keadaan yang saya sendiri sudah kuat keyakinan dan bersedia untuk mengamalkan ajaran Islam dengan baik,”

Juliza Adzlizan juga mengakui tidak pernah memikirkan trend tudung yang ingin digayakan. Tambahnya, keputusan itu turut mendapat sokongan dan reaksi positif daripada suami dan anak-anaknya.

Malah sejak tidak aktif dalam industri hiburan, banyak baju-baju seksi yang pernah dipakainya diberikan kepada orang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dokumentari Majalah 3 Menang Hadiah Kewartawanan MPI-Petronas

Hafiz Suip Nafi Guna Dadah & Amal Ilmu Hitam