in

BURN NOTICE

BURN NOTICE
Pengintip tidak dipecat… tetapi mereka dihapuskan

8TV membawakan kepada anda sebuah lagi drama bersiri paling hangat dan popular ketika ini di Amerika – Burn Notice.  Drama bersiri yang dinobatkan sebagai drama bersiri hangat terbaru pada musim panas lalu dan juga merupakan program nombor satu yang paling popular menerusi stesen kabel di Amerika, Burn Notice mula bersiaran dikaca TV anda pada 22hb September 2008, Isnin, 9.30 malam!

Burn Notice adalah drama bersiri penuh dengan aksi pantas dan tangkas di samping diselitkan dengan adegan-adegan panas yang tidak melampau, hasil idea dan nukilan dari eksekutif produser Matt Nix. Siri ini di bawah terbitan Fox Television Studios dan Fuse Entertainment dan diedarkan oleh Twentieth Century Fox Television Distribution.

“Burn Notice pastinya akan menjadi pilihan sebagai program terhangat di bulan September ini. Burn Notice memenuhi permintaan anda yang meminati drama yang penuh aksi, drama dan seksi!” ujar Pengurus Besar Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV, Cik Lam Swee Kim.

“Walaupun terpaksa bersaing dengan demam sukan Olimpik 2008 yang lalu, namun Burn Notice masih tetap unggul dan mampu mempertahankan kedudukkannya sebagai program utama pilihan penonton stesen kabel di Amerika,” tambah Kim.

Burn Notice merupakan kombinasi paling hebat dengan elemen-elemen aksi dan kemahiran yang tidak dijangka serta cara pengintipan alaf baru.

Kebanyakkan orang akan gembira jika diberi peluang untuk kembali ke pantai-pantai yang cantik di “South Beach”, Miami.  Namun sebaliknya bagi Micheal Westen (Jeffrey Donovan).  Beliau bukan sahaja sedang diikuti oleh ahli-ahli FBI yang menjengkelkan, kekasih lama yang masih mencari-carikan penutupan untuk hubungan mereka dan juga seorang ibu yang senantiasa menelefonnya sehingga 30 kali dalam sehari! Namun, kesemua ini sekadar masalah biasa padanya.

Selepas 10 tahun berkhidmat untuk negara dan dihantar ke bahagian Eropah Timur dan ke negara-negara OPEC sebagai pengintip negara, Michael terus dihimpit dengan mimpi-mimpi ngeri.  Lebih menyedihkan lagi, ketika beliau menghadapi misi utama yang merbahaya di Nigeria, orang kepercayaan Michael menghubunginya untuk memberitahu yang data beliau telah di hapuskan.

Inilah harga kehidupan yang harus dibayar oleh seorang pengintip… Di dalam kes Michael, sebagai pengintip negara mereka bukan sahaja terpaksa mengorbankan nyawa dan kehidupan mereka malah segala-galanya dibekukan  seperti akaun bank, mencampakkan beliau di Miami dan memutuskan segala hubungan dengan orang yang mereka kenali.  Kerajaan sememangnya tidak boleh menghapuskan pengintip-pengintip ini, membuang kemahiran dan kepandaian yang mereka ada, oleh sebab itu mereka terpaksa mencari jalan dengan merampas segala aset yang pengintip itu ada untuk memastikan pengintip-pengintip itu tidak dapat bekerja lagi… mereka terpaksa dihapuskan!

Sekarang, Michael mempunyai misi yang lain – beliau mesti mencari siapakah yang telah mengisu “burn notice” tersebut dan juga ingin mengetahui mengapakah identiti beliau telah dihapuskan.  Beliau ingin mendapatkan  hidupnya kembali.

Disamping itu, secara tiba-tiba beliau terpaksa berhadapan dengan pelbagai lagi masalah dan musuh-musuh lain. Untuk mendapatkan kehidupannya kembali, dan untuk terus di Miami serta menampung aktiviti penyiasatannya, Michael terpaksa percaya dan meminta pertolongan dari kekasih lamanya Fiona Glenanne (Gabrielle Anwar) yang juga merupakan seorang bekas IRA dan juga Sam Axe (Bruce Campbell) yang merupakan seorang bekas pengintip militari yang pada masa yang sama telah diupah oleh FBI untuk mengawasi Michael.  

Selain dari itu, beliau juga terpaksa berhadapan dengan ahli keluarganya terutama sekali ibunya yang terkejut dengan kepulangannya namun pada masa yang sama juga tidak gembira akan kehadiran anaknya kembali.

Apabila Michael mula untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang “burn notice” tersebut, beliau juga pada masa yang sama menolong sesiapa sahaja yang memerlukan pertolonggannya. Dengan menggunakan kemahiran-kemahiran beliau, Michael tampil sebagai wira yang tidak dimahukan olehnya.  Ianya memang saat yang merbahaya namun itu sahaja yang mampu dilakukan oleh beliau untuk mengetahui keadaan sebenar.

Adakah Michael akan mendapat jawapannya? Dapatkah beliau kehidupannya kembali?

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi, jangan ketinggalan untuk menyaksikan siri hangat Burn Notice ini menerusi 8TV setiap Isnin, bermula 22hb September 2008 pada jam 9.30malam. 8TV juga boleh ditonton menerusi Astro disaluran 708.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MERIAHKAN HARI RAYA AIDILFITRI ANDA BERSAMA 8TV!

RTM BERSAMA PESAKIT KANSER KANAK-KANAK DI PPUM