in ,

Zul Huzaimy & Amanda Misbun dalam Drama Surat Terakhir

Drama Surat Terakhir Bongkar Misteri Pembunuhan Gadis Di TV1

Dibunuh atau bunuh diri adalah dua situasi berbeza. Jika diyakini sebagai kes bunuh diri, pastinya tidak menimbulkan sebarang keraguan untuk mengheret siapa yang bersalah ke muka pengadilan. Namun jika sebaliknya iaitu kes pembunuhan berlaku, keadilan mesti dituntut dan pembunuh sewajarnya menerima hukuman setimpal atas kesalahan berat yang dilakukan.

Memaparkan kisah sama yang realitinya terjadi dalam masyarakat kita sekarang, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengajak penonton membongkar misteri kematian seorang gadis yang diberitakan berlaku secara tiba-tiba tanpa diketahui puncanya dalam mengisi slot Panggung 1 bertajuk Surat Terakhir pada 23 April 2011 (Sabtu), jam 3.05 petang di TV1.

Amanda Misbun pegang watak utama dalam Surat Terakhir

Dibintangi oleh Zul Huzaimy Marzuki, Syed Ali, Amanda Misbun, Aida Khalida, Rashid Jaafar dan Ana Dahlia, kisahnya berlatarkan watak Rizal, seorang pemuda yang baru pulang daripada luar negeri dengan membawa segulung ijazah.

Kepulangannya disambut dengan berita kematian bakal tunangnya. Segalanya mengundang rasa sedih kerana kehilangan orang tersayang dalam sekelip mata. Berdepan situasi tidak pernah terduga itu membuatkan dirinya buntu dan bermacam perkara berlegar dalam ingatannya.

Meskipun semua orang percaya kematian bakal tunangnya itu disebabkan oleh kemalangan, namun Rizal pula berfikiran sebaliknya. Di hatinya timbul rasa sangsi kerana memikirkan kandungan surat terakhir yang dikirimkan kepada gadis itu menyatakan rasa hatinya untuk memutuskan hubungan cinta di antara mereka.

Mungkinkah disebabkan surat itu bakal tunangnya membunuh diri? Adakah gadis itu berfikiran singkat mahu membunuh diri setelah gagal menerima hakikat cinta mereka terputus di tengah jalan? Semua kemungkinan itu menghantui dirinya. Bertitik-tolak daripada kemungkinan kematian itu disebabkan rasa kecewa lalu dia membunuh diri, Rizal nekad untuk bertindak. Sebelum mereka semua tahu hal sebenarnya, surat terakhir itu harus dicari dan dimusnahkan.

Konflik tiba dikemuncak kerana pada masa pencarian surat terakhir itu, dia mendapati bahawa kematian bakal tunangnya bukanlah akibat bunuh diri ataupun kemalangan tetapi sebenarnya dibunuh. Di situ Rizal rasa bertanggungjawab untuk membongkar punca sebenar di sebalik kejadian misteri yang berlaku.

Adakah Rizal berjaya mencari dalang yang bertanggungjawab dalam pembunuhan itu? Atau mungkin Rizal juga turut terlibat sama dalam konspirasi pembunuhan itu? Saksikan drama menarik ini pada 23 April 2011 (Sabtu), jam 3.05 petang di TV1.

SURAT-TERAKHIR

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Tentang Filem MOMOK JANGAN PANGGIL AKU

Chris Brown New Single She Ain’t You