in

Zon Ceria Suria FM Terjah Pejabat

Jika tahun dahulu kami telah menerjah ke restoran-restoran sekitar semenanjung Malaysia dan belanja pendengar makan, Zon Ceria Suria FM kembali dengan skala yang lebih besar untuk menghargai para pendengar kami. Istimewanya kali ini, kami menerjah pejabat-pejabat pendengar setia Suria FM dan bawa makanan.

Cara untuk memanggil Zon Ceria Suria FM ke pejabat anda cukup mudah. Pekerja hanya perlu menghantarkan permohonan melalui WeChat Suria FM dengan menaip Zon Ceria beserta dengan lokasi, sebab Suria FM perlu ke pejabat anda serta bilangan pekerja di pejabat anda. Pejabat yang terpilih akan dihubungi

Telah bermula pada 31 Mac 2015 yang lalu, krew Zon Ceria Suria FM telah pergi ke hampir 21 buah pejabat disekitar Lembah Klang, Ipoh dan Johor Bahru untuk memberikan kejutan. Selain daripada membawa makanan, kami turut membawa photobooth untuk sesi bergambar serta penampilan istimewa penyampai Suria FM seperti Adibah Noor, Baki Zainal, Bob Ringgo, Linda Onn, DJ Lin dan Naim Tahak yang turut bersama-sama turun padang memeriahkan pejabat anda.

Menurut Pengurus Program Suria FM, Adiwati Zainuddin, “Kami ingin berterima kasih kepada semua pendengar Suria FM dan dengan cara ini diharap mampu untuk membalas kesetiaan mereka. Kami telah menerima banyak permohonan untuk ke pejabat pendengar dan ia telah penuh sehinggalah pada hari terakhir Zon Ceria Suria FM Terjah Pejabat, 30 April ini”.

Terima kasih buat semua yang telah menghantar permohonan pejabat untuk diterjah oleh krew Zon Ceria Suria FM. Untuk sebarang maklumat lanjut, layari www.suriafm.com.my dan www.facebook.com/SuriaFMMalaysia atau ikuti kami Twitter dan Instagram, di @suriafmmalaysia.

Zon Ceria Suria Fm Terjah Pejabat

Zon Ceria Suria Fm Terjah Pejabat

Zon Ceria Suria Fm Terjah Pejabat

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia Memperkenalkan Barista di Udara

Gambar Kekasih & Bakal Isteri Zizan Razak