in

10 Perkara Menarik Tentang Ziabella

10 Perkara Menarik Tentang ZiaBella dan Lagu `Sesuatu Yang Tak Mungkin’

1. Nurul Shazia (Zia) & Nurul Salsabila (Bella) adalah anak jati kelahiran Alor Setar,Kedah.

2. ZiaBella mempunyai bukan sekadar pasangan duo tetapi mereka mempunyai pertalian darah iaitu hubungan kakak dan adik.

3. Zia merupakan pelajar dalam bidang muzik di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.

4. Bella, baru tamat zaman persekolahannya di Alor Setar. Bella pernah menjadi salah seorang finalist di Bintang Remaja RTM Kedah. Disamping itu, Bella juga sering mengadakan persembahan di majlis di-Raja Negeri Kedah.

5. Pengorbanan terbesar ZiaBella dimana demi kerjaya seni mereka sekeluarga telah nekad meninggalkan kampung halaman dan menetap di Kuala Lumpur.

6. Bergenrekan Pop Balada yang dibawa oleh ZiaBella diketengahkan kerana bsersesuaian dengan range vokal mereka dan imej yang dibawakan diharap dapat diterima dan menepati citrasa pendengar tanahair.

7. ZiaBella gabungan dua adik beradik akan lebih memudahkan untuk mendapatkan persefahaman dan kerasian antara satu sama lain bukan sekadar dalam urusan muzik dan juga urusan pengurusan jadual dan masa mereka.

8. Boleh mencipta revolusi yang unik untuk remaja masa kini.

9. `Sesuatu Yang Tak Mungkin’ ciptaan komposer muda, Aida Abdul Rahman yang dicipta khas untuk ZiaBella.

10. ‘Sesuatu Yang Tak Mungkin’ mengkisarkan tentang seorang insan yang menyayangi seorang kekasih, namun kekasihnya pergi meninggalkan dia tanpa alasan. Namun sang kekasih masih setia mengharapkan pasanganya kembali.

ZiaBella pic 2

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Samsung GALAXY Note 3 Neo Dijual Dengan Harga RM850?

Asian Youth Fashion Week 2014