in

Zarina Kini Jadi Penyampai BestFM

Hari ini bersamaan 24 Februari 2016, melalui sidang media yang bertempat di MATIC Jalan Ampang, BestFM sekali lagi mencatatkan sejarahnya dengan pengumuman penyampainya yang terbaharu dari kalangan selebriti dan gandingan penyampai sedia-ada yang akan memantapkan lagi keseluruhan barisan penyampainya.

Hampir 2 minggu para pendengar setia Best Pagi BestFM berteka-teki siapakah yang punya suara DJ Misteri atau “DM” yang telah menemani penyampai Zairi setiap pagi. “DM” yang dimaksudkan ini berasal dari Johor merupakan seorang pelakon, model dan juga penyanyi. Beliau juga pernah menyertai sebuah pertandingan reality TV yang popular. Beliau adalah tidak lain dan tidak bukan Zarina Zainoordin.

Double Z_BestPagi BestFM_Zairi&Zarina

Pada kali ini gandingan Zairi dan Zarina atau dengan nama ‘catchy’ mereka “DOUBLE Z” bakal membuatkan BestFM kini lagi BEST dalam Best Pagi, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6pagi hingga 10pagi.

Selain daripada itu, segmen perdana yang lain seperti “Best Petang” (4ptg – 8mlm) dihoskan oleh penyampai sedia ada yang sinonim dengan jenama “Azieqa” juga cukup dikenali di kalangan pendengar selatan tanah air. Manakala segmen-segmen yang lain seperti “Best Hits” dihoskan oleh Fiezah (10pagi – 1tgh hari), “Best Café” (1tgh hari – 4ptg) yang popular dengan slot Best Karoks dihoskan oleh Helmi. Segmen terbaharu di BestFM, “Best Cinta” (8mlm – 10mlm) dikendalikan oleh ZZ kini semakin menjadi “favourite” dengan seleksi lagu lagu cinta yang hits dan terkini.

Best FM juga telah merancang beberapa siri jelajah seperti Konsert Pentas BestFM di Dataran Bandaraya Johor Bahru pada bulan Mac, Roadshow Pentas BestFM 2016 di Plaza Alam Sentral Shah Alam pada bulan April dan di KipMart Segamat pada bulan Mei 2016 ini. Best FM tahun ini melalui beberapa strategi promosi dan pembaharuan yang dibuat untuk terus kekal sebagai Stesen Radio Tertinggi No 1 Dari Segi Jumlah Masa Mendengar Paling Lama di Malaysia berdasarkan kajian pendengar oleh RAM Nielsen baru-baru ini.

Zarina_Penyampai BestFM Terbaharu

Zarina_Penyampai BestFM Terbaharu1

Double Z_BestPagi BestFM_Zairi&Zarina1

Tentang BestFM

Best FM dahulu dikenali sebagai Best 104 adalah merupakan stesen radio swasta yang pertama di Malaysia yang telah bersiaran semenjak tahun 1989. Setelah melakukan penjenamaan semula pada Februari 2014, kini di kenali dengan nama “Best FM – Terbaik Untuk Harimu”.

Best FM stesen radio berbahasa Melayu yang bersiaran selama 24 jam dari studio utamanya di Pasir Pelangi Johor Baharu, kini berwajah baru dengan imej yang lebih segar dan lebih versatile mengikut peredaran masa dan citarasa sasaran pendengar dari peringkat umur 20 hingga 39 tahun yang berkonsepkan program yang lebih ceria, interaktif, dan menghiburkan.

Best FM yang sinonim dengan frekuensinya 104.1 FM boleh didengari di Johor Bahru, Singapura, Kepulauan Riau Indonesia dan juga di Lembah Kelang sehingga ke Selatan Perak dan Pahang Barat. Best FM juga dapat didengari di Melaka dan Negeri Sembilan melalui frekuensi 94.8 FM dan di Johor Timur pada frekuensi 102.5 FM. Sepertimana stesen lain Best FM juga boleh didengari secara Online melalui websitenya di www.best.com.my dan juga mempunyai platform interaktif digital fb, twitter, Instagram di @bestfmmalaysia

Best FM memutarkan lagu-lagu popular sekitar tahun 90an, 2000, dan terkini disamping mengekalkan keunikan sedikit lagu-lagu tempatan seperti irama keroncong moden dan lagu etnik irama Malaysia yang membezakan ianya dari stesen–stesen nasional yang lain.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

TV3 Lancar Program CLEVER GIRL MALAYSIA

Syafiq Kyle Ditangkap Khalwat dalam MARRIED TAPI BENCI