in

Siri Jelajah Pentas Best FM 2015

Best FM dengan bangganya mempersembahkan Siri Jelajah Pentas Best FM 2015 bersama artis – artis dari Life Records.

Siri Jelajah Pentas Best FM 2015 ini dianjurkan bagi membolehkan penyampai penyampai Best FM turun padang bagi menghargai para pendengar Best FM yang setia dan sentiasa menyokong Best FM dari dulu hingga sekarang. Ianya juga sebagai salah satu strategi Best FM untuk mempromsikan stesen tersebut bagi menambahkan jumlah pendengar mereka.

Denis Chairis (1)

Temui penyampai penyampai Best FM Haiza Dag Dig Dug & Zairi (Aizairi) Best Pagi dan Azhar & Ieqa (Azieqa) Best Petang serta Fiezah Best Hitz, Helmi Best Café yang bakal menggegarkan Pentas Best FM stesen radio yang semakin popular di Selatan Tanah Air kini.

Jom meriahkan Pentas Best FM 2015 bersama artis Life Records, 10 April 3.00 petang di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. 11 April 8.30 malam di Danga Beach Club, Danga Bay, Johor Bahru dan 12 April 3:00 petang di Tapak Pesta Kota Tinggi, Legaran Sungai Kota, Kota Tinggi dan 8.30 malam di RTC Johor, Kulai Jaya. Manakala ‘AKAN DATANG’ tunggu kami di Batu Pahat, Kluang serta Muar pada 24, 25 & 26 April 2015.

Pentas Best FM 2015 akan di bestkan oleh artis artis Life Records seperti Denis Chairis (Takut Kehilanganmu), Wanna Ali (Tak Mengapa), Dan Loka (Jangan pergi), Eyza Bahra (Imaginasiku), Wanns Ahmad (Terus Mencintaimu), Hatta Junction (Akan Ku Kenang) dan ramai lagi antaranya Zaidi Anwari, Azmarul Azuan, Deasy Natalina & Lawa Nie Geng, Yuzaidania, Aiman Ismail, NanaSheme dan Ir Radzi. Pentas BestFM 2015 turut di bestkan oleh penaja bersama Proton Edar Sdn Bhd, Al Jannah Mahkota Dewa dan Yanalis Signature Skincare serta terima kasih kepada Rizs Management.

Selain daripada Siri Jelajah Pentas Best FM tersebut, Best FM juga kini menawarkan wang berjumlah RM18 ribu dalam “Teka Lagu Best” yang telah mula keudara semenjak 24hb Mac hingga 1Mei 2015. Bagi mereka yang bernasib baik boleh memenangi wang tunai sebahagian dari RM18 ribu tersebut dengan meneka tajuk lagu dan penyanyi yang sedang berkumandang apabila isyarat pemanggil dimainkan dengan menjadi penghantar sms yang ke 7 ke alamat sms 39111.

Untuk keterangan lanjut; layari www.bestfm.com.my atau dengarkan Best FM secara Online dan platform interaktif digital @bestfmmalaysia di Facebook, Twitter & Instagram.

e-poster Pentas Best FM 2015

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Johan Kekal Julang Trofi Penyampai Radio Lelaki Popular

DENIS CHAIRIS Bakal Perform di Siri Jelajah Pentas BEST FM 2015