in

Sekitar Rumah Terbuka BEST FM 2017

Beberapa artis Warner Music (Malaysia) termasuk lebih 200 pendengar dan para jemputan hadir bagi memeriahkan Rumah Terbuka Best FM anjuran Stesen Radio Best FM yang bertempat di RNR Bistro, Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Jumaat.

Acara tahunan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim antara penyampai radio Best FM, pendengar, media dan rakan niaga selain meraikan pencapaian stesen radio Best FM sebagai stesen radio serantau no. 1* di Malaysia (menurut statistik terbaharu penggal pertama kaji selidik radio 2017 oleh GFK Malaysia).

Along Cham, Kak Girl, JJ dan Zairi

Penasihat Korporat Suara Johor Sdn Bhd; Dato Ismail Osman berkata majlis ini adalah sesuatu yang amat dinanti-nantikan oleh pendengar setia Best FM kerana ini adalah peluang untuk mereka beramah mesra lebih rapat dengan penyampai radio kesayangan mereka.

Menurut Pengurus Bahagian Rancangan pula, En. Borhanuddin (JJ) berkata “Rumah Terbuka Best FM adalah sebagai aktiviti menghargai semua pihak yang terlibat sama ada pendengar, rakan niaga sehinggalah ke rakan media yang telah terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam setiap aktiviti yang dianjurkan Best FM.”

Artis2 Warner Music dan Penyampai Best FM di Rumah Terbuka Best FM

Tambah beliau lagi, “Ini juga bagi meraikan kejayaan kami dalam mencapai kedudukan sebagai radio no. 1 Serantau di Malaysia yang diumumkan pada kaji selidik GFK Malaysia baru-baru ini.”

Acara Rumah Terbuka Best FM kali ini telah mendapat kerjasama dengan tajaan oleh Serai Mas dan juga RNR Bistro, Bandar Baru Uda. Rumah Terbuka Best FM dimeriahkan dengan kehadiran dan persembahan artis-artis popular seperti Aizat Hamdan, Payslip, Nastia, Bella, Andi ,Dewi, Yasin, Awi Rafael dan ramai lagi.

Dalam majlis ini, Best FM turut memperkenalkan seorang ikon tular media sosial sebagai penyampai baharu (separuh masa) iaitu Meera James atau lebih popular dengan nama Kak Girl. Kak Girl atau nama sebenarnya Nur Amira Maslan, 30, berasal dari Kampung Melayu Majidee Johor Bahru bakal memantapkan lagi segmen Best Pagi bersama Along Cham dan Zairi.

Majlis berkonsep santai ini juga turut dihadiri oleh Yang Berhormat Mulia; Ungku Datuk Yusuf Bin Ungku Abdul Rahman (Penasihat Korporat Suara Johor Sdn. Bhd.), Yang Dihormati Encik Ab. Hamid Bin Halidek; Timbalan Ketua Umno Bahagian Johor Bahru merangkap Ahli Majlis Zon Larkin mewakili Y.B. Datuk Hj. Adam Sumiru (ADUN Tanjung Puteri), Y.Bhg. Datuk Yahya Bin Haji Jaafar (Ahli Majlis MBJB Zon Bandar Baru Uda), Puan Sunita Bibi Binti Ali Akhbar (Pengasas Serai Mas), Puan Marlinda Jasrizal (Pengurus Besar Serai Mas) dan Encik Mohd Rafie bin Hussien (Pengarah Urusan R&R Bistro, Bandar Baru Uda).

Sebagai penghargaan berterusan kepada pendengar setia Best FM, bermula 17 Julai yang lalu, pendengar berpeluang untuk menang wang tunai dengan menyertai peraduan ‘Pemburu Ringgit Best’ yang menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM30,000 dan ‘Memburu Pendengar Best’ yang menawarkan wang tunai sehingga RM20,000. Peraduan ini akan bermula 14 Ogos sehingga 25 Ogos.

Untuk maklumat lanjut tentang peraduan dan promosi, pendengar boleh melayari laman web www.bestfm.com.my. Best FM boleh didengar melalui frekuensi 104.1fm di sekitar Johor Bahru, Singapura dan Lembah Klang, 94.8fm di Johor Utara, Melaka dan Negeri Sembilan dan 102.5 fm di Johor Timur meliputi selatan Pahang sehingga ke Mersing atau secara online di web.

Ganding Baharu Best Pagi, Along Cham, Kak Girl dan Zairi

Dewi, artis baru Warner Music

Bella, artis Warner Music

Artis2 Warner Music, Bella, Awi Rafael, Yasin dan Nastia

Aizat Amdan

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Tentang Filem BALUN Yang Korang Perlu Tahu

SAKIT KU RASA Taruhan Terbaru Black