in ,

Syafiq Kyle Ditangkap Khalwat dalam MARRIED TAPI BENCI

Pernah terpalit dengan kontroversi percintaan, Syafiq Kyle khabarnya ditangkap khalwat pula? Bawa bertenang… memang benar dia ditangkap khalwat tetapi itu hanyalah babak yang perlu dijayakan Syafiq Kyle dan pendatang baharu dalam dunia lakonan iaitu Azira Shafinaz untuk drama Slot Lestary bertajuk Married Tapi Benci bermula 26 Februari, setiap hari Rabu hingga Jumaat di TV3.

Drama 13 episod ini diarahkan oleh Ahmad Idham dan diterbitkan oleh AIFA Motion Pictures Sdn Bhd. Married Tapi Benci mengisahkan kisah cinta dua remaja yang terpaksa berkahwin di usia muda akibat diperangkap orang ketiga.

Married Tapi Benci_Keyart 5 - Copy

Kamal, jejaka kacak digilai ramai yang juga seorang pelumba sukan basikal ekstrim. Dan sering menjuarai pelbagai kejohanan. Kehadiran pelajar baharu di kolej iaitu Rina dengan menaiki motor berkuasa tinggi telah menarik minat Kamal untuk cuba memikat ditambah lagi Rina turut mempunyai raut wajah yang jelita. Namun, Rina dengan perwatakkan yang sedikit kasar dan benci dengan lelaki akhirnya telah memalukan Kamal di hadapan ramai pelajar lain. Terselit satu rahsia di mana sikap kasar Rina itu adalah sebagai tanda protes kerana ayahnya berkahwin dengan seorang gadis muda setelah kematian ibunya.

Rina pula semakin rapat dengan Daniel, musuh ketat Kamal yang turut ingin bersaing dengan Kamal. Walaupun Kamal tidak suka kepada Rina, tetapi Kamal tidak mahu Rina terperangkap dengan sikap Daniel hanya pandai mengambil kesempatan ke atas wanita. Satu hari, Kamal mengenakan Daniel dengan memutuskan brek motor Daniel tetapi malangnya, Rina yang menjadi mangsa kerana dia bertukar motor dengan Daniel.

Kamal merasa bersalah namun takut untuk mengakui kesalahannya sehinggalah dia melawat Rina di hospital. Hubungan mereka mulai rapat setelah mengetahui kisah sebenar Rina yang membuatkan dia sedikit memberontak. Daniel pula menyimpan dendam dengan memerangkap mereka berdua sehingga ditangkap khalwat. Ibu bapa mereka bersetuju untuk mengahwinkan mereka berdua sebagai jalan untuk mereka belajar untuk menjadi lebih bertanggungjawab untuk masa depan mereka.

Walaupun berkahwin, mereka masih lagi meneruskan aktiviti lasak dan tidak begitu peduli dengan urusan di antara satu sama lain. Kamal masih lagi dengan basikalnya, begitu juga Rina yang sering bersama dengan teman rapatnya. Tetapi dalam tidak sedar, mula muncul perasaan sayang antara Kamal dan Rina. Daniel masih lagi tidak berpuas hati dan ingin menghancurkan kebahagiaan mereka dengan melakukan pelbagai muslihat demi melunaskan dendam yang masih lagi terpalit di hati.

Berjayakah Daniel meruntuhkan rumah tangga yang baru sahaja ingin berkembang mekar? Saksikan kesudahan drama ini yang turut membariskan Mustaqim Bahadon, Zalif Sidek, Badrul Muhayat, Nor Albaniah, Cat Farish dan ramai lagi sebagai pelakon. Jika ketinggalan, drama ini juga boleh diikuti di www.tonton.com.my.

Mtb - Copy

Mtb5

Mtb7

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zarina Kini Jadi Penyampai BestFM

Penyanyi Hebat Bakal Meriahkan MALAM NADA BIRU di IB