in , , ,

Zahirah MacWilson Selamat Melahirkan Anak Lelaki pada 5 Januari 2021

Pasangan pelakon Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson kini bergelar ibu dan bapa setelah dikurniakan cahaya mata lelaki. Berita gembira ini dikongsikan oleh kedua-duanya menerusi Instagram masing-masing hari ini.

Pasangan pelakon Aiman Hakim Ridza dan isterinya, Zahirah MacWilson membuat perkongsian foto bayi lelaki mereka di Instagram yang lahir pada Isnin lalu iaitu pada 5 Januari 2021, di Perth, Australia.

Menerusi perkongsian itu, Aiman dan Zahirah menyifatkan kelahiran bayi sulung mereka sebagai hadiah terbaik pernah diterima mereka.

Screenshot 2021-01-09 at 9.08.42 AM

“Alhamdulillah, pada 5 Januari lalu bayi lelaki kami selamat dilahirkan jam 2.26 petang (waktu tempatan). Kami terharu melalui saat indah ini bersama sepanjang dalam bilik bersalin menunggu kelahirannya, sebagai pasangan ibu bapa baharu 

“Ia satu perjalanan terbaik yang penuh dirahmati dan kami sangat teruja untuk menerokai setiap pengalaman untuk detik istimewa ini. Syukur Alhamdulillah,”

– Zahirah MacWilson
Zahirah MacWilson Selamat Melahirkan Anak Lelaki pada 5 Januari 2021

Terdahulu, pada Oktober tahun lalu Aiman dan Zahirah berangkat ke Australia selepas mereka membuat keputusan mahu menyambut kelahiran cahaya mata pertama di Australia.

Ditambah, ibu dan adik-beradik Zahirah yang lain menetap di sana dan dia mahu menjalani tempoh berpantang dengan dijaga ahli keluarganya.

Pasangan ini yang dipertemukan ketika membintangi drama Curi Curi Cinta pada 2019, kemudiannya mengikat tali pertunangan dan bernikah pada 20 Februari tahun lalu di Petaling Jaya.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Adaptasi Novel MENCARI KIBLAT CINTA Temukan Husna Mustaffa & Syazuwan Hassan

Isma Sane Tampil Kelainan dalam Muzik Video SEPI, Kisah Hubungan Terlarang Cinta Dua Alam