in , ,

Adaptasi Novel MENCARI KIBLAT CINTA Temukan Husna Mustaffa & Syazuwan Hassan

Drama adaptasi daripada novel “Mencari Kiblat Cinta” karya Anita Aruszi menjadi pembuka siri adaptasi novel disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV Okey tahun 2021 ini.

Percubaan menggandingkan buat pertama kalinya pelakon utamsa Husna Mustaffa, dan Syazuwan Hassan antara daya penarik drama 26 episod yang menemui penonton bermula 7 Januari ini, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 10.00 malam di TV Okey (MYTV110 dan Astro CH146).

Drama arahan Jo Yusof terbitan NS Star Studio yang bergenre keluarga dan kasih sayang pastinya menarik penonton yang mengemari plot-plot menarik dan bersahaja. Manakala OST drama ini menggunakan lagu Semalam nyanyian Aina Abdul.

Ikuti perjalanan cerita kerana satu tragedi hitam, dua beradik terpisah. Danira (Husna Mustaffa) dipenjarakan, sepi dan sendiri di gerigi besi. Naufal pula hilang entah ke mana. Misi pertamanya setelah dibebaskan ialah mencari Naufal, tapi yang ditemukan ialah Tengku Filman, lelaki yang punya segala-galanya. 

drama-mencari-kiblat-cinta-

Tengku Filman memiliki gaya hidup yang sempurna, kerjaya dihormati serta keluarga yang bahagia. Sedangkan dia gadis yang kontras dengan kesempurnaan Tengku Filman. Jika Tengku Filman A, dia pula C. Jika Filman Mr. Right, dia pula hanyalah gadis di loteng usang. Dan kerana Filman, dia menemukan Aliff, seorang lelaki traumatik dengan kenangan kosong.

Dalam sempurna Tengku Filman (Syazuwan Hassan), ada sekeping hati yang tidak pernah sembuh. Namun kerana Danira, dingin Tengku Filman melebur. Wajah Danira memenuhi setiap ruang kosong di hatinya. Cintanya kini berkiblat agung. Bertunjangkan kasih.

di TV Okey

Di hadapan orang, dia terlihat bahagia. Miliki segala-galanya yang dimahukan. Tapi dalam senyuman dan gelak ketawanya, rupanya Aliff tidak pernah gembira. Jiwanya menderita, tapi tidak ada sesiapa yang tahu apa yang terpendam sejak sekian lama. Sebuah rahsia hitam, melontar dirinya ke dalam jurang dalam. Namun kehadiran Danira dalam hidupnya telah merubah segala-galanya.

Siapakah yang menjadi pilihan Danira antara Tengku Filman dan Aliff? Mampukah dia mengecap bahagia seperti yang diidamkan seperti dalam angannya? Turut menampilkan pelakon Ali Reza, Anne Ngasri, Edika Yusof, Dayana Roza, Raden Zaharatul, Zahrin Aris, Liza Rafar, Nina Fazurina, Sazrin Aizul, Hasnol, dan Ucop Cecupak.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Neelofa Lancar Misi Bantu Mangsa Banjir di Negeri Kelantan, Pahang & Johor

Zahirah MacWilson Selamat Melahirkan Anak Lelaki pada 5 Januari 2021