in , , , ,

Zahirah MacWilson Hamil Enam Bulan, Aiman Teruja Bakal Timang Anak Sulung

HAMPIR tujuh bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Zahirah MacWilson pada Selasa mengumumkan kini hamil enam bulan.

Pelakon cantik, Zahirah Macwilson mengesahkan dia sedang hamil anak sulung hasil perkahwinannya dengan Aiman Hakim Ridza. Zahirah mengumumkan berita gembira itu menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya.

“Sudah enam bulan permata cinta kami. Mak dan Ayah tak sabar untuk bertemu kamu,”

– Zahirah MacWilson
Zahirah MacWilson Hamil Enam Bulan, Aiman Teruja Bakal Timang Anak Sulung

Menerusi posting tersebut Zahirah memuat naik gambar keadaan bayi menerusi imbasan ultrasound.

“6 bulan membesar anak kecil kami.

“Ibu dan ayah tak sabar nak jumpa kamu,”

Zahirah MacWilson Hamil Enam Bulan, Aiman Teruja Bakal Timang Anak Sulung

Sementara itu, menerusi Instagram suami Zahirah yang juga pelakon Aiman Hakim Ridza turut berkongsi berita sama.

“Sangat teruja untuk bertemu cahaya mata ini yang juga sebahagian daripada saya dan cinta hati saya iaitu Zahirah,”

Zahirah MacWilson Hamil Enam Bulan, Aiman Teruja Bakal Timang Anak Sulung

Di ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada Zahirah dan suami serta tidak sabar mahu menantikan kelahiran cahaya mata pertama mereka.

Selain peminat, rakan artis juga tidak ketinggalan memberi kata-kata positif dan antara yang kelihatan termasuklah Eyra Hazali, Lisa Surihani, Elfira Loy, Aeril Zafrel dan ramai lagi.

Anda boleh lihat posting penuh Zahirah di bawah.

“Tahniah Ira dan Aiman happy for you both” ujar Amelia Henderson.

“Alhamdulillah, congrats kak!” tulis Eyra Hazali.

Zahirah MacWilson Hamil Enam Bulan, Aiman Teruja Bakal Timang Anak Sulung
Zahirah MacWilson Hamil Enam Bulan, Aiman Teruja Bakal Timang Anak Sulung
Zahirah MacWilson Hamil Enam Bulan, Aiman Teruja Bakal Timang Anak Sulung

Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari lalu dalam sebuah majlis di Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 8 Jun tahun lalu di kediaman keluarga aktres itu di Perth, Australia selepas enam bulan bercinta.

Kami di Budiey Channel mendoakan semoga proses kehamilan berjalan lancar.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Sebab Fendy Bakry Tak Mahu Heboh Hubungan Cinta Dengan Isteri

Saharul Ridzwan Hadiahkan Kereta, Isteri Menangis Sebab Terkejut