in , ,

Ada Sebab Fendy Bakry Tak Mahu Heboh Hubungan Cinta Dengan Isteri

Pelakon Fendy Bakry mendedahkan isterinya, Ayu Afnizar yang dinikahinya pada Ahad lalu merupakan seorang penjawat awam.

Begitupun, Fendy atau nama sebenarnya, Mohd. Affandi Nor Bakri, 32, enggan mendedahkan secara terperinci profesion atas permintaan isterinya.
 
“Dia seorang penjawat awam. Cuma, isteri minta rahsiakan pekerjaannya.
 
“Statusnya juga seorang bujang,”

Katanya, isterinya itu mula mengenalinya ketika wanita tersebut masih menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

“Tapi dia bukan guru,”

Fendy Bakry



Bahkan, menurut Fendy, dia juga mempunyai alasan tersendiri apabila membuat keputusan untuk merahsiakan hubungan dengan wanita berusia 27 tahun itu sebelum ini.

“Kami bukanlah merahsiakan. Cuma, kami tidak mahu heboh-heboh. Lebih-lebih lagi bila kita tak tahu sama ada hubungan itu pasti atau tidak.

“Takut juga berlaku macam sesetengah orang apabila berkongsi sana sini, sekali tahu-tahu putus pula hubungan tersebut. Jadi, bila dah sampai masanya barulah kami kongsikan,”

Fendy Bakry

Terdahulu, Fendy turut berkongsi gambar sekitar majlis pernikahannya buat pertama kali di Instagram yang diadakan pada 30 Ogos lalu.

“Sungguh tidak disangka yang saya jadi suami orang.

“Dulu selalu cakap ‘ah nak bina empayar dululah baru kahwin’. Sebenarnya dalam kita sudah berumah tangga pun kita boleh seiring untuk membina kerjaya sama-sama.

Fendy Bakry

Pada Ahad lalu, Fendy mengejutkan ramai pihak apabila melangsungkan majlis pernikahan secara tertutup dengan wanita pilihan hatinya yang dikenali kira-kira sejak empat tahun lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

What Were Malaysians Searching for in August 2020?

Zahirah MacWilson Hamil Enam Bulan, Aiman Teruja Bakal Timang Anak Sulung