in ,

YouTuber Atta Halilintar Bertunang dengan Aurel Hermansyah, Bakal Nikah 3 April Ini

Anak kepada penyanyi Krisdayanti dan Anang Hermansyah iaitu Aurel Hermansyah sudah dilamar secara rasmi dalam satu majlis pertunangan oleh pasangannya yang juga YouTuber terkemuka Indonesia, Atta Halilintar.

Menerusi laporan media Indonesia, Aurel mengakui Atta adalah jodohnya terbaik buatnya.

“Atta agamanya bagus. Jadi, saya berasa ini memang jodoh yang mampu mendekatkan saya dengan Allah,” katanya.

Atta pula menganggap Aurel adalah takdirnya dan dia mengikut kata hatinya.

“Semuanya dari hati. Kalau hati sudah berkata ya, maka, dia adalah orangnya,” katanya.

Majlis pertunangan yang berlangsung di Hotel Intercontinental, Jakarta itu dihadiri keluarga serta sahabat handai kedua-dua belah pihak antaranya, Krisdayanti yang dilihat duduk bersebelahan dengan ibu tiri Aurel, Ashanty.

Namun begitu, ibu bapa Atta yang kini masih berada di Malaysia sejak lebih setahun lalu tidak dapat hadir dan diwakili adiknya, Thariq Halilintar.

Rakan artis yang turut hadir memeriahkan majlis adalah Judika, Ari Lasso, Maia Estianty dan ramai lagi.

Pasangan Aurel dan Atta bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada 3 April ini dan majlis akad nikah akan diadakan di Masjid Istiqlal, Jakarta Pusat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Risteena Terima Wang Hantaran RM32,000, Isa Khan Tunai Permintaan Ikut Angka Umur

Dituduh Tiru Rekaan Jenama Minyak Wangi Terkenal, Ini Penjelasan & Respon Wak Doyok