in ,

Risteena Terima Wang Hantaran RM32,000, Isa Khan Tunai Permintaan Ikut Angka Umur

Selepas beberapa tahun menyulam cinta, akhirnya Risteena Munim dan Isa Khan disatukan dalam satu majlis pernikahan ringkas di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, Jumaat lalu.

Pasangan selebriti Isa Khan dan Nur Risteena gembira apabila dapat mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka walaupun dengan jumlah kehadiran tetamu yang terhad. Ini adalah video penuh semasa sidang media yang diadakan semasa Majlis Resepsi yang diadakan di Ballroom, Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Menurut kata Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, berkat kesabaran mereka menunda majlis perkahwinan yang sepatutnya diadakan pada tahun lalu, dia dan Isa akhirnya dapat meraikan momen bahagia itu bersama keluarga.

“Ikutkan nak kahwin tahun lalu tapi PKP pula. Memang waktu itu boleh nikah di pejabat agama tapi kami sudah mempunyai perancangan. Isa pun memang nak halalkan saya secepat mungkin.

“Alhamdulillah… dapat juga kami share dalam majlis yang sederhana macam malam ini.

“Ikutkan nak akad nikah dekat masjid saja tapi kebetulan kerajaan umum dah boleh buat majlis… memang rezeki kami, ”

Isa dan Risteena ditemui ketika majlis resepsi yang diadakan bersama rakan media dan keluarga terdekat.

Terdahulu Risteen dan Isa atau nama penuh, Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan, 28, dinikahkan di Masjid Tunku Sultan Mizan Abidin, Putrajaya kira-kira pukul 10.30 pagi Jumaat.

Risteena menerima wang hantaran berjumlah RM32,000 sebagai simbolik usianya pada tahun ini.

Kakak kepada pelakon Ruhainies ini menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima dulang, selain menerima mas kahwin sebanyak RM1,000.

“Jumlah wang hantaran itu merupakan simbolik usia Risteena pada tahun ini iaitu 32 tahun. Wang hantaran itu merupakan atas permintaan dia juga, ” kata Isa.

Mahu Anak Kembar

Apa yang mencuri perhatian adalah jawapan Isa Khan apabila ditanya berkenaan dengan perancangan cahaya mata. Dia dengan senang hati menyatakan kalau boleh mahu segera memperolehi zuriat.

Secara berseloroh, dia mahu mempunyai anak kembar sambil disambut ketawa kecil dari isterinya, Risteena.

Teringin honeymoon di Maldives atau Switzealand

Walaupun sedar ketika ini Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) masih lagi berlangsung, namun ditanya berkenaan dengan perancangan bulan madu, pasangan ini berpendapatan jika berkesempatan mereka ingin travel ke Madives ataupun Switzerland.

Namun, perkara tersebut hanyalah perancangan kerana tidak pasti bilakah keadaan akan kembali normal seperti biasa.

Isa Khan Nyanyi Secara Live KARUNIA TERHEBAT

Risteena juga sempat mengulas berkenaan lagu baru Isa Khan yang dibuat khusus untuknya sebagai hadiah sempena perkahwinan mereka. Pelakon wanita itu mengakui berasa terharu dan menangis ketika kali pertama mendengar lagu tersebut.

Penyanyi, Isa Khan melancarkan lagu ciptaannya berjudul Karunia Terhebat khas buat isteri tercinta, Nur Risteena Munim sebagai hadiah sempena hari bahagia mereka selepas sah menjadi suami isteri.

Isa berkata, lagu itu adalah simbolik mengenai perjalanan kisah cinta mereka. 

“Lagu ini saya abadikan kisah cinta kami dari awal perkenalan sehinggalah akhirnya melangkah ke alam perkahwinan. 

“Ia mengisahkan mengenai pemberian terhebat daripada Allah SWT iaitu isteri kepada saya. Saya ciptakan lagu ini istimewa buat dia,” katanya kepada Harian Metro. 

Bagi Risteena pula, lagu itu berjaya membuat dia menitiskan air matanya saat pertama kali diperdengarkan. 

“Kali pertama saya mendengar lagu ini, saya menangis. Saya berasa tak ada lelaki yang mampu melakukan sesuatu yang istimewa kepada saya seperti mana yang dia lakukan Isa,” katanya. 

Menurut Risteena, dia tahu Isa bekerja keras menghasilkan lagu itu sejak tahun lalu. 

“Sekitar Julai tahun lalu, dia sudah mula menulis lagu ini. Tapi, pada ketika itu saya agak sibuk dengan penggambaran dan dia pun tak bagi saya dengarkan lagu ini sepenuhnya,” katanya. 

Pasangan itu dinikahkan jam 10.40 pagi semalam oleh bapa Risteena sendiri iaitu Zainul Ilyas Zainul Abidin di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dengan mas kahwin RM1,000. 

Pada majlis itu, Isa turut menyerahkan wang hantaran RM32,000 sebagai simbolik usia Risteena iaitu 32 tahun.

Sebelum ini, Risteena dan Isa merancang untuk bernikah pada 20 November lalu, namun terpaksa menangguhkan hasrat itu berikutan penularan pandemik Covid-19.

Pasangan itu juga terlebih dahulu mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 di Bali, Indonesia setelah lima bulan berkenalan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sejak Sertai PTTI, MK Tak Pakai Gelang Emas Lagi?

YouTuber Atta Halilintar Bertunang dengan Aurel Hermansyah, Bakal Nikah 3 April Ini