in ,

Bapa Atta Halilintar Berdepan Dakwaan Bekas Isteri Kedua

Ketika Youtuber terkenal dari Indonesia Atta Halilintar heboh dengan kisah cinta dan perancangan perkahwinan dengan Aurel Hermansyah, bapanya iaitu Halilintar Anofial Asmid pula kini berdepan tuduhan memperlakukan bekas isteri kedua dikenali, Happy Hariadi dengan layanan tidak sepatutnya.

Peguam yang mewakili Happy, Dedek Gunawan berkata, anak guamnya dilayan seperti pembantu rumah oleh isteri pertama Halilintar iaitu Lenggogeni Faruk. 

“Menurut keterangan anak guam kami, sejak awal pernikahan pun, dia sudah dilayan begitu dan diskriminasi itu ada,”

– Dedek Gunawan

Tambah Dedek, Happy juga tidak pernah dilayan seperti isteri sepanjang lapan tahun berumah tangga. 

Bapa Atta Halilintar Berdepan Dakwaan Bekas Isteri Kedua

“Katanya, dia mengambil alih tugas sebagai pembantu rumah tangga kerana disuruh. Kami tak tahu sama ada mereka ada pembantu rumah atau tidak, tapi Happy tidak dilayan seperti isteri,”

– Dedek Gunawan

Kerana tidak mampu bertahan, Happy memfailkan tuntutan cerai kepada Halilintar di Pengadilan Agama Pekanbaru pada 2005 dan akhirnya, sah bercerai pada 2006. 

Selain itu, Happy juga mengaku tidak pernah menerima nafkah sepatutnya buat dia dan anak mereka, Mubarotah. Apatah lagi, Halilintar juga tidak mengaku Mubarotah sebagai anaknya. 

Halilintar dan Happy dilaporkan bernikah di Bandung, Jawa Barat, pada 21 April 1998 dan perkahwinan itu mendapat persetujuan daripada isterinya, Lenggogeni.

Sehingga ke hari ini, Halilintar belum mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan perkara ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kena Reject Banyak Kali, Wan Emir Dedah Cabaran Nak Dekati Mira Filzah

Kalau Rakan Artis Sembang Dalam English, Usop Hanya Angguk, Buat-Buat Paham