in ,

Atta Halilintar Disaman Kerana Langgar Hak Cipta Lagu LAGI SYANTIK

Youtuber terkenal Indonesia, Atta Halilintar hadir ke Mahkamah Daerah Jakarta Pusat bagi perbicaraan kes pelanggaran hak cipta lagu Lagi Syantik yang dinyanyikan dan dimuat naik di laman Youtube milik keluarganya Gen Halilintar.

Seperti dipetik Kompas.com, Atta Halilintar datang bersama 10 adik-beradiknya yang dikenali sebagai Gen Halilintar bersama peguam, Sunan Kalijaga. Salah seorang adiknya, Thariq Halilintar berkata, mereka tidak mengambil sebarang keuntungan daripada rakaman semula lagu berkenaan.

Malah, pihak Gen Halilintar terpaksa mengeluarkan modal menyusun semula muzik, pakaian dan alat solek.

“Kami keluarga Gen Halilintar tidak menerima mana-mana keuntungan daripada video yang dibuat itu,”

– Thariq Halilintar

Gen Halilintar didakwa telah melanggar hak cipta lagu Lagi Syantik nyanyian Siti Badriah di Youtube pada tahun 2018.

Syarikat rakaman Nagaswara telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Atta dan keluarganya dengan jumlah tuntutan sebanyak Rp9.5 juta atau kira-kira.

Video lagu tersebut sudah dipadam oleh mereka daripada saluran YouTube mereka.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia X Lancar Jualan Tempat Duduk Percuma* Jarak Jauh Pertama

Suri Rumah Luar Biasa Dalam OMBAK CINTA