in , ,

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Filem SANGKAR

Buat julung kalinya syarikat media Malaysia, Media Prima dan Astro –melalui bahagian penerbit filem masing-masing, Primeworks Studios dan Astro Shaw – bersama produksi Infinitus Gold dan mm2 Entertainment bergabung usaha dalam menerbitkan sebuah filem MMA (Mixed Martial Artsmelayu pertama Malaysia, SANGKAR. Filem yang bakal menggegarkan pawagam pada Ogos 2019 ini merupakan kolaborasi mega di antara empat penerbit dan dijangka merangsang lagi industri filem tempatan dengan pergabungan visi dan bakat kreatif keempat-empat rakan kongsi ini.

Pengarah yang berasal dari Mumbai dan menetap di Malaysia, Kabir Bhatia menjadi teraju utama memikul tanggungjawab yang berat dalam memastikan keupayaan untuk menzahirkan lakon layar yang terbaik, tambahan pula ini adalah kali pertama beliau memberi sentuhan pada filem bergenre aksi drama. Sebelum ini, Kabir juga pernah bekerjasama dengan Astro Shaw dan Primeworks Studios dalam menjayakan projek-projek seperti filem ‘Bisik Pada Langit’ serta filem ‘Pulang’.

Sangkar membariskan pelakon terkenal Zul Ariffin, Remy Ishak, Mira Filzah, Fadlan Hazim, Ray, Aman Graseka, Carliff Carleel, Andy Teh dan atlet peninju profesional MMA sebenar iaitu James“Sledgehammer” Mcsweeney. Sinopsis Sangkar menceritakan kisah watak Adam dan Johan yang berlawan di luar gelanggang sehingga menyebabkan Johan cedera parah. Untuk menebus kesalahannya,

Adam kembali dalam pertarungan jalanan demi dapatkan habuan untuk membantu Johan sekeluarga. Johan pula bertarung dengan hidupnya sendiri demi keluarganya. Adam membuat keputusan untuk bertarung dengan atlet MMA luar negara bagi mendapat habuan lebih besar. Mampukah Adam dan Johan bergelut keadaan serta menebus dosa lalu dalam berdepan cabaran masing-masing?

Warga Malaysia boleh menonton video pre-klip Sangkar di sini, yang juga telah dikongsi kepada umum menerusi program televisyen Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) TV3 dan Anugerah MeleTOP ERA 2019 di Astro Ria.

Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Datuk Kamal Khalid

“Selain penampilan bakat- bakat-bakat terbaik di Malaysia seperti Remy Ishak, Zul Ariffin, Mira Filzah dan atlet MMA terkenalJames “Sledgehammer” Mcsweeney, SANGKAR juga menyaksikan kerjasama dengan empat buah syarikat penghasilan filem utama negara.

Kerjasama ini telah Berjaya menghasilkan satu filem epik yang kami yakin mampu untuk meneruskan kejayaan yang dicapai oleh filem-filem Malaysia pada tahun 2018 di pasaran Malaysia dan luar negara.”

Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Datuk Kamal Khalid
Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Henry Tan

“Astro amat komited bekerjasama dengan rakankongsi yang mempunyai hala tuju yang sama untuk menghasilkan filem Malaysia yang berkualiti tinggi dengan isi kandungan yang penuh dengan elemen keterujaan, serta disokong oleh sentuhan pengarah hebat, barisan pelakon berbakat besar, dan penerbit yang mampu menepati cita rasa penonton tempatan dan luar negara.”

Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Henry Tan

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Infinitus Gold, TP Lim menyifatkan kerjasama ini memberi peluangbuat produksi baru untuk terus berdiri kukuh di dalam industri filem tanah air.

Sebelum ini kami pernah bekerjasama dengan kedua-dua syarikat ini menerusi filem ‘Hantu Kak Limah’ (Astro Shaw) dan filem ‘JRevolusi’ (Primeworks Studios). Kerjasama ini diteruskan dengan bergabung sekali lagi menerusi filem SANGKAR. Kami rasa berbesar hati kerana menerusi projek ini umum dapat melihat gabungan kolaborasi dua syarikat media utama di Malaysia.

Lebih menarik, projek ini turut mendapat sokongan dari penerbit prolifik dalam perfileman tempatan dan luar negara, mm2.

Kami harap kerjasama ini dapat menggabungkan pengalaman dan semua tenaga kepakaran yang ada dalam menghasilkan kerjasama yang lebih strategik dan secara tidak langsung mampu memberi perkembangan positif buat industri filem kita.”

Pengarah Urusan Infinitus Gold, TP Lim

Kerjasama ini menyaksikan kolaborasi terbesar kami bagi tahun 2019. Kami berbangga menjadi rakan kerjasama untuk filem SANGKAR dan yakin jalan cerita yang mengangkat elemen menebus kesilapan lalu mampu menyemarakkan lagi penantian peminat filem tempatan dan luar negara untuk menonton kehebatan filem ini.”

Ketua Pegawai Eksekutif, mm2 Asia Ltd, Chang Long Jong

Primeworks Studios adalah syarikat media yang secara keseluruhannya menyediakan khidmat menerusi pelbagai cabang media seperti; penerbitan TV dan Filem, jualan kandungan syarikat, pengedaran dan pemasaran filem, animasi, pengurusan bakat serta perlesenan dan perdagangan.

Ia merupakan sebuah syarikat bertaraf antarabangsa yang telah menghasilkan lebih 5,000 jam isi kandungan hebat untuk pelbagai platform televisyen, pawagam dan digital setiap tahun. Juga, sebagai rumah produksi, Primeworks Studios adalah lambang mutu kreatif disamping pelbagai genre termasuklah hiburan, majalah, dokumentari, sukan, dan program drama.

Mengenai Astro Shaw

Astro Shaw antara salah sebuah peneraju filem studio di Malaysia bagi terbitan tempatan dan Nusantara. Astro Shaw juga giat dalam agen pemasaran dan pengedar filem-filem tempatan dan serantau sekaligus mengukuhkan kedudukannya di pasaran global. Sejak ditubuhkan pada tahun 1996, kini Astro Shaw telah menerbitkan lebih 80 buah filem dalam pelbagai genre dan bahasa.

Mengenai Infinitus Gold

Infinitus Gold Sdn. Bhd merupakan syarikat produksi yang khusus dalam pembikinan filem di Malaysia untuk pasaran domestik dan antarabangsa. Sebagai sebahagian daripada Kumpulan Infinitus Entertainment, rangkaian pencipta kandungan yang berpangkalan di Hong Kong, Taiwan dan Beijing, Infinitus Gold Sdn. Bhd bertujuan untuk menghasilkan filem-filem yang berkualiti tinggi daripada Malaysia dengan memanfaatkan bakat besar rakyat Malaysia, serta mengeksploitasi sepenuhnya visual geografi yang menakjubkan dari Malaysia.

Mengenai mm2 Entertainment

mm2 Entertainment (anak syarikat mm2 Asia Ltd) adalah sebuah syarikat penerbitan Singapura dan turut beroperasi di Kuala Lumpur, Taipei, Hong Kong, Shanghai, Beijing dan Amerika Syarikat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Projector Band Lancar Single Terbaharu Berjudul CINTA KITA

Kolaborasi Hebat Simplysiti, Dato’ Sri Siti Nurhaliza & Epie Temerloh