in , ,

Kolaborasi Hebat Simplysiti, Dato’ Sri Siti Nurhaliza & Epie Temerloh

Epie Temerloh, nama yang cukup unik dan tidak asing lagi dalam industri solekan Malaysia. Beliau merupakan seorang jurusolek professional yang disegani dan sentuhannya telah pun menambat hati beberapa selebriti tersohor Asia seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Ella, Ziana Zain dan ramai lagi.

Perincian dan tatarias dalam solekan beliau sangat kemas dan cukup mempesonakan. Bakat luar biasa yang dimiliki memberi inspirasi pada mereka yang ingin mengikut jejak langkah beliau dalam memulakan kerjaya di dalam industri solekan. 

Penglibatan Epie Temerloh dalam industri solekan Malaysia tidak hanya terbatas sebagai jurusolek, beliau juga pernah menganjurkan dan menjadi juri untuk pertandingan “Next Top MUA” yang pertama di Malaysia dalam usaha mencari bakat-bakat baru yang boleh digilap untuk dijadikan sebagai pelapis jurusolek di tanah air. Beliau turut menerima jemputan selaku ketua juri bagi mengadili pertandingan solekan di seluruh Malaysia. 

epie x simplysiti

Dalam perkembangan terbaru, Epie Temerloh telah menjalin kerjasama dengan peneraju produk kecantikan halal di Malaysia, SIMPLYSITI. Beliau juga memiliki lebih dari sembilan tahun pemgalaman dalam menatarias wajah penyanyi nombor satu negara yang juga Presiden SIMPLYSITI, Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Epie Temerloh juga antara jurusolek yang telah di beri kepercayaan dalam menatarias wajah beliau. Persahabatan yang telah terjalin hampir sedekad akhirnya telah mencetuskan satu kolaborasi istimewa diantara SIMPLYSITI dan Epie Temerloh.

Kolaborasi tersebut telah menawarkan satu rangkaian eksklusif iaitu Epie X SITI. Menerusi kerjasama itu, para pelanggan SIMPLYSITI dan juga peminat Epie Temerloh kini boleh memiliki Epie X SITI Pro Set, Epie X SITI Pro Palette dan Epie X SITI Pro Brush Set.

epie x simplysiti

Pada 17 April 2019 yang lalu, sebuah majlis pelancaran dan sidang media Epie X SITI telah diadakan diGlasshouse Seputeh, Kuala Lumpur. Presiden SIMPLYSITI, Dato’ Sri Siti Nurhaliza turut hadir meraikan para tetamu yang terdiri daripada rakan-rakan artis, juru-jurusolek terkemuka tanah air dan juga rakan-rakan media.

Presiden dan juga pengasas SIMPLYSITI, Dato’ Sri Siti Nurhaliza turut berkata kolaborasi SIMPLYSITI bersama Epie Temerloh telah pun dirancang sejak setahun yang lepas.

Beliau turut berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Epie Temerloh sebagai rakan niaga setelah hampir sedekad jurusolek berbakat besar tersebut mendandani dan menyolek wajah pelantun lagu Anta Permana itu.

epie x simplysiti

Rangkaian Epie X SITI ini dilengkapi dengan tiga set eksklusif iaitu Epie X SITI Pro Set, Epie X SITI Pro Palette dan Epie X SITI Pro Brush Set. Setiap pemilihan warna bagi rangkaian tersebut diilhamkan dan di pilih teliti oleh Epie Temerloh sendiri.

Menurut beliau, set ini merupakan hadiah buat para peminat beliau dan para pelanggan bagi memudahkan mereka mendapatkan hasil solekan seakan sentuhan professional dan “advanced’. Bahkan, bahan yang digunakan juga adalah premium dan berkualiti tinggi bagi memastikan para pelanggan mendapatkan produk yang terbaik dari beliau.

epie x simplysiti

Rangkaian Epie X SITI telah pun mula berada di pasaran sejak 8 April 2017 dah di jual dengan harga RM270.00 bagi Epie X SITI Pro Set, RM150 bagi Epie X SITI Pro Palette dan RM120 bagi Epie X SITI Pro Brush Set. Kini orang ramai boleh mula dapatkannya di laman sesawang SIMPLYSITI, aplikasi Shopee serta melalui ahli SIMPLYSITI ELIT.

SIMPLYSITI telah diasaskan pada tahun 2010 di bawah aspirasi Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang ingin berkongsi tentang ilmu dan rahsia kecantikannya dengan semua golongan wanita tanpa mengira sempadan.

Jenama kecantikan tempatan yang memiliki ciri dan tarikan bertaraf antarabangsa, SIMPLYSITI menawarkan produk kecantikan Halal yang berkualiti tinggi setanding dengan jenama antarabangsa yang terkemuka. Kini, 

SIMPLYSITI telah pun berkembang ke 200 outlet di seluruh negara, terutamanya di Watsons dan AEON, serta butik-butik Creacion & SIMPLYSITI iaitu butik milik Dato’ Sri Siti Nurhaliza. SIMPLYSITI juga boleh didapati di laman web rasmi (www.simplysiti.com.my) dan Shopee. Untuk maklumat lanjut, layari http://www.simplysiti.com.myatau hubungi unit pemasaran SIMPLYSITI:

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Filem SANGKAR

Lirik Lagu RAKAN TEMAN AIDILFITRI dari Projector Band