in , ,

Projector Band Lancar Single Terbaharu Berjudul CINTA KITA

CINTA KITA hasil ciptaan Razif Projector Band merupakan lagu terbaru setelah lagu Setia Menantimu. Sebelum ini Projector Band pernah menjadi fenomena dengan lagu beliau Sudah Ku Tahu pada sekitar tahun 2016 seterusnya diiringi dengan lagu Pasti Ada Kamu, Aisyah, Meskipun Kau Tahu dan Setia Menantimu.

Lagu Cinta Kita merupakan kesinambungan daripada lagu Aisyah. Walaubagaimanapun terdapat perbezaan dengan Aisyah versi pertama yang mana lagu Aisyah versi pertama adalah berkisarkan tentang lelaki yang cuba memikat gadis yang bernama Aisyah.

Manakala lagu Cinta Kita pula mengisahkan tentang masam manis dalam hubungan percintaan antara seorang lelaki dengan Aisyah yang mana lelaki tersebut berharap agar Aisyah lebih menghargai dirinya.

Apa yang uniknya, buat pertama kalinya Razif Projector Band membawakan RAP dalam lagu ini. Lagu Cinta Kita tampil dengan gabungan genre slow Rock dan RAP pasti akan membuat pendengar jatuh cinta dengan lagu ini. Lagu terbaru ini juga menampilkan gitaris baru iaitu Zainal bagi menggantikan gitaris sebelum ini iaitu Edy.

Projector Band Lancar Single Terbaharu Berjudul CINTA KITA

Peminat yang mengikuti perjalanan dan menggemari lagu-lagu beliau pastinya menantikan lagu Cinta Kita yang akan direleasekan pada Mac 2019 ini. Kami berharap semua peminat teruskan menyokong Projector Band di persada seni dan lagu Cinta Kita ini disukai peminat sepertimana kejayaan lagu-lagu beliau sebelumini.

Follow Projector Band : Instagram : projectorbandofficial Facebook : Projector Band Official Youtube :ProjectorBandOfficial

Projector Band Lancar Single Terbaharu Berjudul CINTA KITA

Artist Booking:
Emryll :+6017-240 0183 / +6018-387 8075 Email : [email protected] Asia Production Sdn Bhd (MAPMUSIC) No.20-3, Jalan Metro Pudu 2,
Fraser Business Park,
55100 Kuala Lumpur,Malaysia.
Website : www.mapmusic.my

Projector Band Lancar Single Terbaharu Berjudul CINTA KITA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Lancar TV QLED 8K Paling Besar Berharga RM299,999

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Filem SANGKAR