in

Yana Samsudin Keluar Dari Pengurusan MIG

Setiap yang bermula pasti berakhir, dunia kita berputar dan ianya sememangnya tidak kekal. Tiada yang kekal dalam dunia ini. Manusia sentiasa bergerak dan akan move on. Seperti juga dengan pelakon Yana Samsudin yang kini sudah pun keluar daripada pengurusan Metrowealth MIG. Menerusi kemaskini terbaru Yana Samsudin di akaun sosial miliknya, pelakon ini membayangkan yang beliau kini tidak lagi berada di bawah pengurusan MIG dan bersyukur pengalaman berharga selama 11 tahun berada di bawah mereka.

“Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Terima kasih Mejar David Teo & Madam Jane kerana telah memberi nasihat dan peluang kepada saya menceburi bidang seni. 11 tahun jatuh bangun susah senang saya MIG family ada bersama, saya akan kenang sampai bila bila.”

“Semoga terus berjaya anakanda Yana Samsudin, haruslah love!”, tulis David Teo menerusi akaun Facebook beliau mendoakan supaya anak didiknya itu terus berjaya.

Semoga Yana Samsudin terus sukses walaupun terpaksa bergerak sendiri dan di bawah pengurusan sendiri. Good luck beb.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Liyana Jasmay Mengaku Takut Nak Bersalin

Bapa Toi Hyper Act Meninggal Dunia