in

Liyana Jasmay Mengaku Takut Nak Bersalin

Semasa hadir di Pelancaran Lagu Single Terbaru BANGUN semalam, pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay mengakui dia kini makin berdebar-debar dan takut untuk melahirkan anak pertama yang dijadualkan Mei depan. Menurut Liyana Jasmay, dia kini sering melakukan senaman yoga dan menonton video yang dapat membantu memudahkan proses melahirkan bayi.

“Perasaan semakin berdebar dan semakin takut kerana kalau boleh saya ingin melahirkan bayi ini dengan cara normal. Pada usia kandungan yang sudah mencapai tujuh bulan ini, saya sering buat senaman yoga bagi mendapatkan pernafasan yang betul dan ada juga menonton YouTube tentang cara-cara orang bersalin,”

Liyana bersyukur proses kandungannya berjalan lancar dan tidak menerima sebarang alahan yang teruk. Segala persiapan untuk menyambut kelahiran bayi tersebut sudah dilakukan.

“Barang-barang bayi semua sudah ada, malah mungkin terlebih dari cukup sebab saya sering membeli secara online. Baju dan barang-barang bayi sama mahalnya dengan barang orang dewasa tapi sekarang saya sudah tidak fikir belanja untuk diri sendiri sebaliknya banyak untuk anak yang bakal lahir ini.”

Liyana Jasmay turut dipilih untuk tampil dalam lagu BANGUN sebagai pasangan duet Shaheizy Sam untuk kempen Nescafe On Sam.

Gambar Liyana Jasmay hamil anak pertama… cantik dan cute bakal jadi Mama yang hot gitu.

Liyana Jasmay Takut Nak Bersalin

Liyana Jasmay Takut Nak Bersalin

Liyana Jasmay Takut Nak Bersalin

Liyana Jasmay Takut Nak Bersalin

Liyana Jasmay Takut Nak Bersalin

Liyana Jasmay Takut Nak Bersalin

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Rabecca Nur Al-Islam Kini Berhijab Lepas Buat Umrah

Yana Samsudin Keluar Dari Pengurusan MIG