in , ,

Siaran Langsung “Iris Wanita”, Bual Bicara Terbaharu

Tarikan terbaharu di TV1, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerbitkan siaran langsung program “Iris Wanita”, Dinamik, Karisma, Inspirasi mulai bersiaran episod pertamanya 12 Jun 2022, setiap Ahad, pukul 11.00 pagi.

Bersiaran secara langsung dari studio di Angkasapuri, Kuala Lumpur, program terbitan Noradaliah binti Nasharuddin, Seksyen Ehwal Semasa RTM ini menampilkan gandingan pengacara Yana Samsuddin dan Azura Mokhtar. 

Objektif program ini menurut penerbitnya bagi meraikan pandangan, idea, suara wanita diangkat ke satu tahap bagi memberi keyakinan kepada golongan wanita di luar sana menyambung generasi yang akan datang.

IRIS WANITA.. episod pertama yang lalu

Matlamat program ini pula bagi memastikan golongan wanita bersedia dengan apa jua cabaran dan dugaan yang datang.   

Pengacara Yana Samsuddin turut teruja kerana buat pertama kalinya menjadi hos program yang disiarkan secara langsung dengan kehadiran penonton di studio. Malah dapat berinteraksi dengan tetamu yang hadir di studio apatlahlagi tetamu yang diundang terdiri daripada ikon-ikon yang hebat dalam bidang masing-masing.

Sepanjang satu jam bersiaran, program ini mengetengahkan tiga segmen iaitu ‘Tetamu Iris’, iaitu mengundang dan berbicara santai dengan ikon yang banyak mencapai kejayaan dalam pelbagai tahap dan bidang diceburi mereka. Pastinya perkongsian mereka boleh menyuntik inspirasi kepada penonton.

Seterusnya dalam segmen ‘Dia’ (Dinamik, Inspirasi, Angggun) yang menampilkan individu-individu wanita yang biasa pada mulanya berjaya mencapai kejayaan dengan usaha keras masing-masing. 

Akhir sekali memperkenalkan segmen ‘Me Time’ yang berkongsi bingkisan dan keinginan bagi seseorang wanita bila diberikan peluang untuk melakukan aktiviti yang disukai mereka tanpa sebarang gangguan. Contohnya masa terluang untuk memasak, membeli-belah dan banyak lagi. 

Nantikan perkongsian dan tajuk-tajuk menarik dalam program bual bicara ini di TV1. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shuk Sahar Kongsi Momen Terakhir Berada Di Rumah Mewah

Vokalis Denden Gonjalez Lulus Di Konsert Search Rockin’ On Rooftop