in , ,

Pandai Sorok Perut, Yana Samsudin Hamil 8 Bulan Anak Kedua

Selepas 3 tahun menunggu untuk kehamilan yang kedua, pelakon wanita yang popular dengan filem Bini-biniku Gangster, Yana Samsudin telahpun hamil 8 bulan.

Setelah dikurniakan cahaya mata sulung empat tahun lalu, pasangan pelakon Yana Samsudin dan Fadzil Zahari bakal dikurniakan cahaya mata kedua tidak lama lagi.Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh Fadzil menerusi Instagram miliknya dengan memberitahu isterinya itu kini sedang hamil lapan bulan.

Pandai Sorok Perut, Yana Samsudin Hamil 8 Bulan Anak Kedua

“Alhamdulillah… sempena hari Jumaat yang mulia ni abang nak share & ucapkan happy birthday to my lovely wife @yanasamsudin terima kasih terima I seadanya sama-sama berkongsi hidup kurang lebih dah 5tahun.. + 3tahun sebelum kahwin dah 8tahun berkenalan.

“Alhamdulillah sekali lagi, nak maklumkan pada kawan-kawan dan sedara semua yang isteri abang dah pregnant 8 bulan setelah lebih 3 tahun menunggu dan usaha, terima kasih pada semua yang doakan… hanya Allah SWT yang dapat balas jasa hangpa semua,” tulisnya.

Pandai Sorok Perut, Yana Samsudin Hamil 8 Bulan Anak Kedua

Dalam pada itu, Fadzil juga sempat mengucapkan terima kasih kepada isteri tersayang kerana sanggup berkongsi kasih dengannya sepanjang perkenalan dan juga perkahwinan mereka yang sudah menjangkau lebih 5 tahun.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015 dan kemudian dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Aisy Mateen yang lahir pada 21 Julai 2016.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut yang bakal menimang cahaya mata baharu dalam masa 2 bulan lagi.

Pandai Sorok Perut, Yana Samsudin Hamil 8 Bulan Anak Kedua

Mereka juga sempat berseloroh dengan mendakwa pasangan ini pandai menyimpan rahsia kehamilan dan sudah tentu mengejutkan mereka walaupun turut tumpang gembira diatas perkhabaran tersebut.

Pandai Sorok Perut, Yana Samsudin Hamil 8 Bulan Anak Kedua

Anak kedua pasangan itu dijanga akan dilahirkan pada awal November ini.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Pengurusan Sunway Pyramid Sahkan Seorang Staff Outlet Nike Positif Covid-19

Kakitangan Positif COVID-19, NU Sentral Laksana Proses Disinfeksi