in , , , ,

Yana, Diana, Raja Farah, Ashraf Muslim dalam Aku Masih Dara

Judul filem memainkan peranan penting untuk memikat orang ramai ke pawagam. Mungkin sebab itu, filem terbaru MIG menggunakan pendekatan ini untuk menarik lebih ramai penonton. Aku Masih Dara, sebuah filem romantik komedi namun ramuan dan pengisiannya lebih kepada bercorak kepada Islamik.

Semalam, hari Selasa, jam 11 pagi, Budiey telah menghadiri Prebiu Filem Aku Masih Dara yang diadakan di Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara.

Aku Masih Dara Prebiu

Terlebih dahulu, Budiey nak ucap tahniah kepada MIG atas kejayaan filem Ngangkung yang telah berjaya mendapat kutipan RM3juta dalam masa 5 hari.

Menonton filem arahan Ahmad Idham ini membuatkan Budiey teringat dengan filem Syurga Cinta yang mana menyuntik elemen yang sama. Ternyata formula ini berjaya menarik perhatian penonton untuk ke pawagam. Moralnya masih sama. Baik di balas baik dan jahat pasti akan mendapat balasan yang setimpal di sisi Tuhan. Filem ini juga menyelongkar sikap manusia yang begitu rakus mengikut hawa nafsu tanpa mengira hukum halal atau haram. Melanggar hukum atau peraturan hidup adalah satu dosa yang pastinya akan menghitamkan hati dan jiwa manusia.

Tonton Video Sekitar Prebiu Media Aku Masih Dara:

Aku Masih Dara memaparkan aktiviti remaja zaman sekarang yang semakin menjadi-jadi di mana aktiviti seperti pergaulan bebas, seks rambang, parti liar, penyalahgunaan dadah dan sebagainya dipaparkan secara serius. Begitu juga dengan sikap remaja yang memandang ringan terhadap pegangan agama. Filem ini pada dasarnya mahu menginsafkan penonton yang pasti sedikit sebanyak akan merasa sebak semasa menonton beberapa scene.

Dalam filem ini juga ditonjolkan setiap dosa hasil dari perbuatan jahat itu boleh dihapuskan dengan taubat nasuha. Sebenarnya, banyak lagi sub topik dalam agama yang ada dalam filem ini. Cuma Budiey boleh katakan filem ini bukan 100% filem yang bercorak keagamaan kerana kalau nak dikira, ia perlu sempurna dalam pelbagai sudut. Dari segi kostum pemakaian pelakon perlu diambil kira di mana semua pelakon perlu menutup aurat. Ini tak mungkin berlaku kerana semuanya berdasarkan pada skrip.

Pengolahan cerita agak senang difahami oleh penonton. Di penghujung cerita pasti ada unsur suspen yang mahu diungkai oleh Ahmad Idham. Tentang mati dan jodoh pertemuan itu semua terletak di tangan Tuhan.

Filem ini menggabungkan barisan pelakon muda yang sekarang ini sedang menempa nama seperti Yana Samsudin, Diana Amir, Raja Farah, Ashraf Muslim dan Farid Kamil. Digerakkan bersama pelakon berpengalaman seperti Riezman Khuzaimi, Hafidzuddin Fadil, Dian P.Ramlee, Rosnah Johari, Kuza, Rahim Jailani dan ramai lagi.

Dengan gabungan pelakon lama dan baru, Aku Masih Dara dilihat boleh memberi impak yang dramatik untuk menyampaikan intipati yang cuba disampaikan oleh pengarah. Kesesuaian watak dengan penampilan pelakon juga diambil kira. Terutama Budiey merasakan watak pemuda bernama Firdaus itu sangat sesuai dengan Ashraf Muslim.

Untuk filem ini, Budiey berikan 3/5 bintang.

Filem ini telah menjalani pengambaran di sekitar Lembah Klang dan Cameron Highland, Pahang.

Aku Masih Dara Prebiu

Penerbit David Teo yakin filem ini dapat mencapai kejayaan 2 kali ganda dari filem Syurga Cinta

Yang pasti, bagi pengarah sendiri rasa terkejut kerana belum keluar lagi, filem ni dah mula mencipta kontroversi di mana ada beberapa scene yang menyentuh sensitiviti dan menghina orang yang memakai tudung. Antaranya, digambarkan sesetengah perempuan memakai tudung semata-mata untuk menutup love bites di leher. Selain itu, skrip filem ini juga dikatakan ada unsur-unsur lucah seperti sanggap lubang dan sebagainya.

Aku Masih Dara Prebiu

Ahmad Idham, pengarah Aku Masih Dara berucap

Segalanya ada sebab. Itu kata Ahmad Idham. Beliau berharap pihak media tidak buat tuduhan melulu sebelum menonton sendiri filem ini.

Menurut Ahmad Idham, beliau terlintas untuk buat filem Aku Masih Dara selepas mendirikan rumahtangga 1999, beliau diajak oleh Ashraf Muslim ke disco atau clubbing. Beliau agak terkejut dengan gejala remaja masa ini.

Aku Masih Dara Prebiu

Dihoskan oleh pengacara tetap MIG, Azahari.

Aku Masih Dara Prebiu

Aku Masih Dara Prebiu

Aku Masih Dara Prebiu

Aku Masih Dara Prebiu

Farid Kamil dan Diana Amir sebagai pasangan kekasih

Aku Masih Dara Prebiu

Yang pasti, seorang dari mereka dah takde dara lagi. Hehe. Raja Farah kan dah kawin.

Aku Masih Dara Prebiu

Raja Farah sebagai Sofea

Aku Masih Dara Prebiu

Diana Amir sebagai Hani

Aku Masih Dara Prebiu

Yana Samsudin sebagai Aleesya

Aku Masih Dara Prebiu

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. “Aku Masih Dara, sebuah filem romantik komedi namun ramuan dan pengisiannya lebih kepada bercorak kepada Islamik.”——> ye ke?

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Peraduan Jom Menonton Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah

Chef Wan Jadi Pengacara Ekspedisi 2011 di TV9