in ,

Chef Wan Jadi Pengacara Ekspedisi 2011 di TV9

PENGEMBARAAN EKSPEDISI 2011

Rancangan masakan dan pengembaraan atau “travelogue” terbaru iaitu Ekspedisi 2011 bakal menemui penonton setia TV9 pada April 2011 nanti.

Pastinya anda tertanya-tanya tentang hos Ekspedisi 2011! Siapa lagi jika tidak chef selebriti Nombor Satu Malaysia, Chef Wan atau nama sebenarnya Dato’ Redzuawan bin Ismail. Pengalaman, kepakaran dan kepetahan beliau sudah semestinya dapat membuatkan Ekspedisi 2011 ini semakin menarik dan menjadi rancangan yang mesti tonton di kalangan penonton setia TV9.

Dsc_2465

Ekspedisi 2011 kali ini merupakan kerjasama antara TV9 dan juga MASHolidays. Penjelajahan ke serata dunia akan bermula pada Januari tahun hadapan ke 11 negara seperti Beijing, Rangoon, Dubai, Mumbai, Shanghai, Hong Kong, Adelaide, Paris, Auckland, Incheon dan Perth.

Beijing telah dipilih sebagai lokasi pertama bagi Ekspedisi 2011 yang mengandungi 13 episod ini. Kesemua krew dan Chef Wan akan diterbangkan dengan Malaysia Airlines. Kesemua penerbangan, penginapan dan pengangkutan akan ditaja oleh MASHolidays mengikut jadual yang tertakluk di dalam pakej MASHolidays.

Dr Amin Khan, Naib Presiden Eksekutif, Strategi Komersial Penerbangan Malaysia
Foto: Dr Amin Khan – Naib Presiden Eksekutif Strategi Komersil Malaysia Airlines

Naib Presiden Eksekutif Strategi Komersil Malaysia Airlines, Dr Amin Khan, berkata,

“Kami amat teruja dengan rancangan Ekpedisi 2011 bersama Chef Wan kerana beliau akan mengikuti pakej percutian MASholidays. Kami menyediakan 13 pakej khas ke destinasi menarik untuk dipilih dengan harga serendah RM1390 seorang berdasar bilik berdua”

“Pada kebiasaanya, akan ada hubungan yang erat antara percutian dan makanan. Makanan sentiasa menjadi komponen yang penting setiap kali MASholidays merancang sesuatu pakej pelancongan. Duta Makanan Malaysia, Chef Wan adalah pilihan yang tepat sebagai Ikon MASholidays. Dato’ Chef Wan telah melancung ke seluruh dunia dan dikenali ramai sebagai seorang chef selebriti, pelakon, hos TV, penceramah motivasi dan penulis. Dato’ Chef Wan mempunyai semangat dan keperibadian seiring dengan MASholidays,” Dr Amin menjelaskan berhubung permilihan Dato’ Chef Wan sebagai Ikon MASholidays.

Ekspedisi 2011 ini masih mengekalkan konsep penampilan masakan istimewa dan tempat-tempat peranginan menarik di serata dunia yang dijelajahinya. Namun, elemen baru telah disuntikkan ke dalam Ekspedisi 2011 ini iaitu menonjolkan makanan-makanan eksotik dan pelik yang terdapat di negara tersebut. Contohnya makanan eksotik yang menjadi kegemaran masyarakat Korea seperti silkworm larva (ulat sutera) dan sannakji (kaki sotong kurita) serta pav bhaji (sayuran yang dicampur dengan roti) yang popular di Mumbai.

Inilah yang ditunggu oleh penonton! Penonton sentiasa menunggukan sesuatu yang berbeza bagi setiap rancangan yang ditontonnya dan juga secara tidak langsung memberi pengetahuan kepada penonton setia TV9. Selain daripada mempelajari masakan dan melihat tempat perangainan menarik, mereka juga ingin mengetahui makanan yang menjadi kegemaran masyarakat di negara terutamanya makanan pelik dan eksotik mereka.

Ekspedisi 2011 yang dihoskan oleh Best Celebrity Television Chef of the Gourmand World Cookbook Awards 2009 yang juga berpengalaman dalam bidang pengacaraan, lakonan dan juga penulisan buku pastinya membuatkan semua tertunggu-tunggu.

Jika anda tertanya-tanya bagaimana pengalaman bercuti bersama Chef Wan, MASHolidays akan menawarkan peluang ini kepada peminat-peminat Chef Wan untuk mengikuti rombongan Ekspedisi 2011. MASholidays akan menawarkan pakej 4H3M atau 3H2M untuk bercuti bersama Chef Wan. Mereka berpeluang melihat rakaman Ekspidisi 2011 di samping mengunjungi bazaar makanan, restoran-restoran unik sambil membeli belah bersama Chef Wan.

Tawaran pakej-pakej ini bergantung pada destinasi dengan tarikh berlepas yang telah ditetapkan untuk kemudahan perancangan. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web http://holiday.malaysiaairlines.com. Syarat dan terma adalah termaktub.

Ekspedisi 2011 ini diterajui oleh penerbit eksekutif Nuraeshah Malik bersama penerbit Siti Zainah Juahir dan wartawan Sulastri Md. Juki. Tunggukan kemunculan Ekspedisi 2011 yang akan menemui anda pada April 2011 hanya menerusi stesen TV9 Di Hatiku.

Mengenai MASHolidays
MASholidays, pengendali pakej-pakej percutian bagi Malaysia Airlines, berpengalaman dalam menguruskan pakej-pakej pelancongan. MASholidays pasti menjanjikan suatu pengalaman yang sukar dilupakan dan menarik bagi para pelanggan.

Pakej-pakej pelancongan MASholidays meliputi tiket penerbangan, pengangkutan pergi dan balik dari lapangan terbang ke hotel penginapan, hotel penginapan dan sarapan pagi. MASholidays menyediakan pakej percutian dalam negeri dan antarabangsa ke lebih 80 destinasi merentasi 6 benua. Layari www.holiday.malaysiaairlines.com untuk pakej-pakej menarik MASholidays.

Dsc_2456

Dsc_2470

Dr Amin Khan, Dato' Chef Wan Dan Puan Farisha Pawanteh

Dsc_2508

Dato' Chef Wan

Dsc_2539

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yana, Diana, Raja Farah, Ashraf Muslim dalam Aku Masih Dara

Gambar Hunny Madu di 1st Anniversary Kempen Everyone Connects