in

Visa Lulus Shila Amzah Ke Amerika Syarikat Buat Persembahan di World Music Award 2012

Hari ini, dah pun hari Rabu. Dalam jadual penyanyi Shila Amzah, pada malam ni, beliau akan bertolak ke Miami, Amerika Syarikat untuk buat persembahan di World Music Award 2012. Paling membanggakan Shila akan mengharumkan nama negara kerana akan buat persembahan di hadapan artis terkenal antarabangsa dan tercalon dalam Artis Wanita Terbaik Dunia dan Penghibur Terbaik Dunia 2012. Ko mampu?

[dropcap]S[/dropcap]hila juga dikategorikan dalam dua kategori dalam anugerah World Music Award ini dan beliau berazam akan melakukan persembahan sehabis baik. Kalau nak tahu, dalam kedua-dua kategori itu Shila bersaing dengan nama-nama besar antarabangsa seperti Rihanna, Adele, Madonna, Alicia Key, Katy Perry, Kelly Clarkson dan Jesie J. WMA 2012 akan berlangsung di Marlin Park, Miami, Florida, Amerika Syarikat (AS) pada 22 Disember ini.

Shila Amzah Safi Balqis

[pullquote align=”right”]Kita sama-sama ucapkan tahniah buat Shila Amzah. #Shilalas semuanya pastinya mendoakan keselamatan dan kejayaan anda di sana.[/pullquote]

Permohonan visa untuk terbang ke Amerika Syarikat sudah pun diluluskan oleh kedutaan Amerika Syarikat pada tengah hari Selasa lalu. Shila Amzah berasa lega dan pastinya dia dah tak sabar-sabar untuk mengadakan persembahan pada acara World Music Award (WMA 2012).

Sebelum ini, permohonan yang dibuat pada Isnin lalu itu tertangguh apabila pihak kedutaan berkenaan begitu teliti untuk mengetahui tujuan sebenar dia mahu ke negara itu.

“Risau dibuatnya apabila permohonan visa saya tertangguh. Mujurlah pihak kedutaan faham dengan keadaan saya yang tidak sempat membuat permohonan itu lebih awal. Sampaikan saya terfikir, entah dapat ke tidak saya menyertai anugerah itu. Apatah lagi saya dicalonkan untuk dua kategori iaitu Artis Wanita Terbaik Dunia dan Penghibur Terbaik Dunia 2012. Apa-apa pun saya akan ke sana esok malam (Rabu.”

Tambah Shila, lebih istimewa menerusi acara itu dia turut diberi penghargaan untuk membuat persembahan yang secara tidak langsung membolehkannya memperkenalkan negara ini ke persada dunia.

Sementara itu, penyanyi berusia 22 tahun itu bakal mengadakan Konsert Shila Amzah sempena Gala Amal Pamoga-Gaza buat pertama kalinya sepanjang 12 tahun berkecimpung dalam industri muzik tempatan.

Kata Shila, dia bersyukur apabila pihak penganjurnya, Vida Beauty membuka peluang untuknya mengadakan konsert sendiri yang akan berlangsung pada 29 Disember ini di Hotel One World, di sini.

“Selepas 12 tahun bergelar penyanyi, sudah sampai masanya untuk saya mengadakan konsert sendiri. Alhamdulillah, peluang ini tidak akan saya sia-siakan dan saya akan mempersembahkan lagu-lagu hit bermula dari usia saya sembilan tahun sehinggalah sekarang.

“Pada masa sama ia juga merupakan konsert amal di mana saya sendiri serta para pembeli tiket dapat membuat sedikit amal kebajikan. Sebahagian daripada keuntungannya akan disalurkan kepada badan-badan kebajikan serta mangsa-mangsa perang di Gaza, Palestin,” ujarnya.

Bagi sesiapa yang ingin menyaksikan konsert Shila, tiket berharga RM3,500 hingga RM60,000 (satu meja) boleh ditempah menerusi talian 013-3935808 (Nurin), 05-5264199 (Ezura) dan 013-2895808 (Zamri) atau layari www.vidabeauty.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Untuk Dia Sleeq & Najwa Latif Antara Yang Popular di Youtube 2012

Drama Muzikal Muli Kampung & Christmas Joy Special