in ,

Drama Muzikal Muli Kampung & Christmas Joy Special

Program Khas Raikan Hari Natal Di TVi (Saluran Astro 180)

Hiburan demi hiburan dijanjikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam menambahmeriahkan warna warni perayaan Hari Natal yang disambut penganut Kristian pada 25 Disember ini.

[dropcap]S[/dropcap]epanjang dua hari berturut-turut pada 24 dan 25 Disember ini menerusi TVi (Saluran 180 Astro), luangkan masa menyaksikan lima variasi program khas yang dipilih untuk hiburan anda seisi keluarga pastinya.

[pullquote align=”right”]Saksikan dua drama muzikal berlatarkan kemeriahan sambutan Krismas bermula dengan tayangan “Muli Kampung” pada 24 Disember 2012, jam 3.00 petang.[/pullquote]

Menariknya drama muzikal ini membawakan penonton berlatarkan kisah persediaan dan sambutan perayaan ini oleh penduduk Sabah. Menyusul kemudiannya “Krismas Yang Hilang” pada 25 Disember 2012, jam 9.00 malam, drama muzikal yang berkisah tentang Alex seorang anak perantau yang mahu pulang ke kampung halaman untuk menyambut perayaan Hari Krismas bersama keluarga tercinta. Ia menampilkan lakonan Alex Ahat, Jovenea Lim, Jeffry Martin, Bisilius James dan Veronica.

Lengkapkan kemeriahan Krismas anda dengan dua hiburan Christmas Joy Special 2011 pada 24 Disember 2012, jam 9.00 malam yang menyaksikan kemunculan artis popular tanah air daripada pelbagai generasi seperti Dato’ Leonard Tan, Francissca Peter, Esther Khoo, Reynaldo, Nikki Palikat, Irene Soliano, Reynaldo dan Pamela Chong. Kesemua mereka berkongsi pentas menyanyikan lagu-lagu bertemakan sambutan perayaan Hari Krismas dengan iringan muzik Orkestra RTM. Turut berkongsi persembahan adalah Koir Kebangsaan Malaysia yang menyampaikan lagu Carol of The Bells secara harmoni.

4. bintang kecil rtm 2012

Kepada penonton cilik pula saksikan teman-teman seusia mereka beraksi dalam Pertandingan Bintang Kecil Kebangsaan 2012 pada 25 Disember 2012, jam 2.00 petang yang mencungkil bakat kanak-kanak yang mempunyai kebolehan terserlah dalam bidang nyanyian. Program ini telah berlangsung di Auditorium RTM Sarawak.

Sesuatu yang menarikdan istimewa pastinya sebuah program khas, My Malaysia Christmas disiarkan pada 25 Disember 2012, jam 5.00 petang. Penonton dibawa untuk berkongsi momen indah dan mengujakan tentang kisah hidup beberapa pasangan yang berkahwin dengan warga asing dan menyambut Hari Krismas bersama pasangan di negara kita.

Kongsikan kegembiraan sambutan perayaan Krismas ini hanya di TVi.

1. Christmas Joy 2011_1

2. Christmas Joy 2011_2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Visa Lulus Shila Amzah Ke Amerika Syarikat Buat Persembahan di World Music Award 2012

Jemputan Makan Malam Eksklusif Bersama Adira Glamourous Night 2013