in , , ,

[VIDEO] Sweetnya! Ucapan Fasha Sandha & Aidil Aziz di Malam Berinai

Pada jam 8 malam tadi, Budiey telah hadir untuk menyaksikan sekitar Majlis Berinai pasangan pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz yang diadakan di The Love @ Matic, dulunya Saloma Bistro, Jalan Ampang.

Wah! Sungguh meriah majlis berinai kali ini sebab ia sangat unik dan jarang dibuat selebriti iaitu bertemakan Melayu Klasik. Dengan memakai busana berwarna unggu, kedua mempelai ini nampaknya begitu cantik dalam persalinan yang bertemakan ala-ala orang bangsawan dulu-dulu. Semua yang hadir tak kurang datang melaram dengan berbusana Melayu dooloo dooloo.

Majlis berinai ini cukup meriah dihadiri oleh ahli keluarga kedua belah pihak, rakan-rakan artis dan media serta beberapa orang peminat Fasha Sandha yang menggelarkan diri mereka, I Love Fasha Sandha.

Jarang sekali selebriti menjemput pihak media untuk membuat liputan di malam berinai. Selalunya ia hanya dihadiri oleh teman rapat dan keluarga sahaja.

Budiey ada menyiarkan satu video live semasa di sana dan ternyata ramai penonton di Youtube memuji kejelitaan yang dimiliki oleh Fasha.

Highlight: Fasha Sandha & Aidil Aziz di Malam Berinai

Pasangan sama cantik sama padan itu kelihatan sungguh cantik dan segak mengenakan busana berwarna ungu. Lebih menarik, malam berinai itu turut dimeriahkan dengan tarian tradisional Melayu.

Terdahulu, majlis pernikahan Fasha dan Aidil dikhabarkan bakal berlangsung hujung minggu ini. Difahamkan, mereka bakal bernikah di kampung halaman Fasha yang terletak di Perlis Indera Kayangan.

Semoga majlis yang bakal berlangsung berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan. Kami kongsikan beberapa keping gambar sepanjang majlis berlangsung.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tahniah! Wakil Jualan Tertinggi MEERACLE Terima Kunci Kereta Mercedes-Benz Hari Ini

Fasha & Aidil Bersanding di Majlis Berinai, Masih Rahsiakan Tarikh Nikah?