in , ,

Pengikut Fasha Sandha Naik 25,000 Gara-Gara Video Mandi Bersama Aidil

Pelakon Fasha Sandha sekali lagi ‘bikin panas’ apabila dikecam hebat netizen selepas berkongsi video berkasih sayang bersama suaminya juga pelakon, Aidil Aziz di dalam kolam renang.

Menerusi video berdurasi selama 15 saat itu, kelihatan Fasha memakai baju renang berwarna hitam sambil bermesra-mesra dengan suaminya yang tidak memakai baju.

Video Fasha itu mendapat kecaman ramai kerana dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk ditayangkan pada khalayak umum.

Malah, ada yang menyifatkan Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan tidak sensitif dan semakin melampau.

Pengikut Fasha Sandha Naik 25,000 Gara-Gara  Video Mandi Bersama Aidil

Fasha ditemui ketika pelancaran produk Beutinia di Cheras, Selangor ada alasannya sendiri. 

“Niat saya berkongsi bukan menunjuk kemesraan tetapi inilah yang akan kami ingat masa akan datang.

Bukan hanya kecaman, ada juga bertindak tidak lagi mengikut pelakon laman Instagram.

Akan tetapi menurut Fasha, berdasarkan semakan terkini, bilangan melebihi jumlah yang menekan butang unfollow. 

“Sebenarnya follower saya naik 25000. Saya baru sahaja buat semakan lepas video viral. Ramai yang follow sebenarnya berbanding unfollow.

“Saya buat kerana saya rasa ia tidak salah. Setiap orang berhak untuk memberi pendapat masing-masing,

“Kita lebih menghargai kepada yang follow. Yang unfollow itu kita biarkan sahaja,”

– Fasha Sandha
Pengikut Fasha Sandha Naik 25,000 Gara-Gara  Video Mandi Bersama Aidil

Mungkin lokasi video tersebut dianggap tidak sesuai kerana ia di tab mandi. Kalau di taman rasanya tiada masalah, komennya.

Dalam perkembangan lain, Fasha berkata, dia tidak segera memberi kata persetujuan apabila ditawarkan menjadi duta produk Beutinia.

Fasha mengambil masa sebulan sebelum bersetuju menjadi duta produk Beutinia.

Menjalankan tugas untuk mempromosikan video, Fasha juga mengambil masa lebih sebulan sebelum mengikat kontrak sebagai duta.

“Seperti yang telah saya katakan video tersebut kerana menjalankan tugas. Saya buat kerana saya rasa tidak salah. 

“Saya menerima jadi duta produk ini selepas menggunakan dan mendapat kesannya. Saya tidak akan jadi duta kalau tidak menggunakan sendiri.

“Video tersebut saya simpan dahulu di media sosial dan akan upload semua versi penuh hari ini (Sabtu),”

– Fasha Sandha

Sebelum ini, Fasha telah beberapa kali dikritik dan ditegur netizen gara-gara semakin galak berkongsi video mempamerkan aksinya menari.

Ramai berpendapat Fasha berbuat demikian kerana mahu menunjukkan bentuk badannya yang semakin ramping dan kurus selepas mengamalkan disiplin pemakanan ketat, selain mengambil produk menguruskan badan.

Bagaimanapun, menerusi perkongsiannya dalam Instagram, Fasha menafikan hal tersebut apabila memberikan bukti dalam bentuk video mengenai aktiviti menari yang sudah dimulakan sejak dulu tanpa mengira saiz tubuh badannya. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nak Jimat Untuk Kahwin? Jom ke Ekspo Ijab Qabul 2023 di Shah Alam

Fasha Sandha Bantu Wanita Selamatkan Rumah Tangga Dengan Beunita