in , ,

Tahniah! Wakil Jualan Tertinggi MEERACLE Terima Kunci Kereta Mercedes-Benz Hari Ini

Usaha tangga kejayaan. Tak cuba belum tahu. Apabila terbukti berjaya, pasti ramai yang mahu mencontohi dan mencipta kejayaan yang diraih. Ini yang boleh diperkatakan setelah wakil jualan tertinggi Meeracle telah menerima kunci kereta hadiah hasil penat lelah mereka selama ini.

Peribahasa ada mengatakan, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Pada jam 3 petang ini, MEERACLE, satu jenama penjagaan kulit dan kosmetik yang sedang melonjak naik di pasaran telah mengadakan majlis penyerahan kunci kereta Mercedes-Benz kepada semua wakil jualan yang telah mencapai sasaran jualan sepanjang kempen #menjadidenganmeeracle yang telah dilancarkan pada bulan Julai tahun 2018. Wow! Tahniah buat empat orang wakil jualan tertinggi yang telah menerima rezeki besar ini!

Majlis eksklusif ini diadakan pada petang ini, tanggal 28 Mac 2019 di Cycle & Carriage Mercedes-Benz, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Majlis Penyerahan Kunci Kepada Semua Wakil Jualan Tertinggi Meeracle 

Majlis ini dimulakan dengan ucapan ringkas daripada Pengasas MEERACLE, Puan Meera Nordin dan diteruskan dengan majlis penyerahan kunci kepada kesemua wakil jualan yang telah memenangi Mercedes-Benz tersebut. 

Penyampaian Kunci Kereta Mercedes-Benz Untuk Wakil Penjual Produk Meeracle

TONTON VIDEO: Wakil Penjual MEERACLE Terima Kunci Kereta Mercedes-Benz

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk membuktikan bahawa pihak syarikat sangat komited di dalam memperkasakan wakil jualan MEERACLE. Pihak syarikat berharap semua wakil jualan akan lebih bersemangat untuk memajukan diri dan bersama berusaha mencapai misi syarikat pada tahun 2019. 

Meeracle

Kempen #menjadidenganmeeracle ini telah dijalankan selama 7 bulan bermula dari Julai 2018 ke Januari 2019. Kempen ini bertujuan untuk memberikan motivasi dan galakkan kepada semua wakil jualan untuk mencapai sasaran jualan yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat.

Penyampaian Kunci Kereta Mercedes-Benz Untuk Wakil Penjual Produk Meeracle

Ketua Unit Pemasaran MEERACLE, Cik Fitrah Ahmad menjelaskan dalam satu temu bual bersama media bahawa kempen #menjadidenganmeeracle akan diteruskan lagi pada tahun 2019 dan pihak syarikat mensasarkan sekurang-kurangnya 30 orang lagi wakil jualan MEERACLE akan berjaya memenangi kereta mewah yang dianggarkan RM9,000,000 pada tahun 2019 secara keseluruhannya.

Meeracle

Ini bermakna, MEERACLE akan membantu lebih ramai lagi wanita di luar sana untuk memperbaiki taraf kehidupan mereka sejajar dengan misi MEERACLE iaitu untuk memperkasakan para wanita daripada segi sosial dan ekonomi bukan sahaja di Malaysia malah di beberapa negara Asia yang lain. 

Penyampaian Kunci Kereta Mercedes-Benz Untuk Wakil Penjual Produk Meeracle

MEERACLE juga akan terus menguasai industri kecantikan di Malaysia dengan lebih banyak inovasi dan revolusi di dalam produk penjagaan kulit dan kosmetik. 

Penyampaian Kunci Kereta Mercedes-Benz Untuk Wakil Penjual Produk Meeracle

Tahniah buat Pemenang Kereta Mercedez-Benz Kempen 7 Bulan Menjadi Dengan Meeracle:

Penyampaian Kunci Kereta Mercedes-Benz Untuk Wakil Penjual Produk Meeracle

Siti Azlina (Suri Rumah / Miss Meeracle 2017 dan 2018 / Master Stokis)

Kak Lyn dibesarkan dalam keluarga yang memang suka berniaga, dari kecil Kak Lyn selalu tolong mak dan ayah di gerai nasi lemak, sebagai seorang peniaga kecil-kecilan dan juga seorang suri rumah, Kak Lyn selalu mengimpikan pendapatan lumayan dan kukuh.
.
Tiada masalah sebenarnya dengan perniagaan kedai makan ni, tapi bagi Kak Lyn, untuk era baru ni kita kena pandang lebih jauh, dunia bisnes sekarang lebih kepada digital, nak dipendekkan cerita, Kak Lyn bermula bisnes dengan MEERACLE ni masa Kak Lyn tengah online di Facebook dan Kak Lyn tengok produk MEERACLE ni je Kak Lyn rasa tertarik, sebab produk MEERACLE ni unik, diperbuat daripada batu permata.
.
Masa tu juga Kak Lyn terus berdaftar jadi ejen MEERACLE, dengan kekuatan produk yang unik dan sokongan perniagaan dari HQ MEERACLE, bermula dari modal yang kecil serendah RM490 ketika itu, Kak Lyn berjaya mengembangkan perniagaan Kak Lynn dengan MEERACLE dan merekodkan hasil jualan yang tinggi, sebulan purata jualan Kak Lynn adalah RM310,000. KAK LYN ‘MENJADI DENGAN MEERACLE’.

Nazariah (Guru/Master Stokist)

Kak Naza bermula pada Ogos 2016 sebagai Dropship sahaja. Selepas tamat pengajian Master In Education, di UKM Kak Naza tercari-cari satu platform untuk kepuasan diri kerana jiwa Kak Naza memang minat dunia bisnes sekaligus nak menaikkan tahap ekonomi keluarga. Dalam tempoh 6 bulan sahaja iaitu Februari 2017, Kak Naza berjaya mengenggam gelaran Master Stokis. Pada masa tu team semakin berkembang. Rentetan daripada itu, Kak Naza suarakan hajat membuka Outlet Meeracle untuk pusat sebaran maklumat setempat. Disokong sepenuhnya dari pihak management Meeracle.
.
Pada bulan Febuari 2018, Outlet Pertama Meeracle di Malaysia beroperasi sepenuhnya. Paling indah, semua modal dan urusan pembukaan outlet menggunakan 100% keuntungan daripada bisnes MEERACLE. Di tingkat atas Outlet diwujudkan MEERACLE Academy dimana tempat pengumpulan ejen-ejen untuk perkongsian ilmu dan Marketing Class.
.
Tahap ekonomi juga berubah seratus peratus. Kini Kak Naza tak lagi mengharapkan wang gaji bulanan untuk menampung keperluan hidup. Paling best wang gaji sebagai seorang guru tidak terusik langsung. Dulu nak buat saving bulanan amatlah berkira-kira. Kini tidak lagi, Kak Naza mampu membuat saving bulanan hingga 5 angka. Syukur Ya Allah.
.
Tahap ekonomi jemaah bisnes Kak Naza juga bertambah baik. Kak Naza saksikan sendiri depan mata, ada yang membeli aset seperti kereta, tanah dan rumah dengan hasil perniagaan Meeracle. Paling best, ukhwah antara kami wujud dan semakin erat asbab berbisnes dengan Meeracle. Alhamdulillah. KAK NAZA ‘MENJADI DENGAN MEERACLE’.

Che Wan Norzirawati (Ahli Perniagaan/Master Stokis)

Segalanya bermula semasa melayari internet, Kak Zira ternampak iklan dan testimoni yang menarik mengenai produk MEERACLE. Dalam hati berkata, tidak salah kalau ingin mencuba. Dalam masa 5 hari, Kak Zira sangat kagum dengan hasilnya.
.
Ia adalah misi peribadi bagi Kak Zira untuk membina empayar Bersama MEERACLE dan meluaskannya ke seluruh dunia dengan merekrut ejen dan stokis yang berkualiti. MEERACLE adalah platform di mana anda boleh fokus dalam menjana pendapatan sampingan. Yang penting, haruslah bekerja keras dan berusaha.
.
MEERACLE merupakan salah satu produk yang unik dan luar biasa kerana menggunakan batu permata sebagai bahan asas. Ia juga dipercayai selamat digunakan oleh semua tidak kira lelaki atau wanita.
.
Perniagaan online adalah sesuatu yang luar biasa. Jika anda ingin mengubah hidup anda, jangan tunggu. BERTINDAK SEKARANG. KAK ZIRA ‘MENJADI DENGAN MEERACLE.’

Masdiana (Guru/Master Stokis)

Kak Diana merupakan seorang guru di tadika kemas, Kak Diana mengajar budak-budak yang berumur 5 hingga 6 tahun. Walaupun orang nampak susah tetapi Kak Diana seronok dengan kerja ni. Dalam masa yang sama, Kak Diana sentiasa mencari peluang untuk menambah pendapatan keluarga memandangkan keadaan ayah yang kurang sihat dan memerlukan kos rawatan yang tinggi dan Ibu Kak Diana yang sentiasa berada dalam keadaan risau, jadi Kak Diana membuat keputusan untuk mengubah kehidupan Kak Diana.
.
Kak Diana terfikir untuk memulakan bisnes online tapi dengan tiada pengalaman tentang bisnes online jadi agak ragu-ragu. Pada masa itu, ramai kawan yang mencadangkan untuk jual produk MEERACLE, sebab memang kebetulan Kak Diana sendiri pun pakai produk MEERACLE dan ia memang sangat berkesan pada Kak Diana. Jadi Kak Diana nekad untuk memulakan bisnes dengan MEERACLE.
.
Tanpa disangka, dalam beberapa bulan sahaja Kak Diana menjadi ejen dan kemudian naik taraf dari level ke level yang lebih tinggi. Sampailah sekarang, Kak Diana bangga menjadi sebahagian daripada keluarga MEERACLE.

Pesan Kak Diana, sesiapa yang baru mulakan perniagaan, tolonglah buat dengan bersungguh-sungguh, buat sampai jadi, jangan hanya buat separuh jalan dan jangan mudah berputus asa. Jadikan BIG WHY kita sebagai satu semangat untuk berjaya.

Kak Diana juga berpesan untuk utamakan ibu bapa dan bahagiakan mereka sementara mereka masih hidup dan mereka pasti akan sentiasa mendoakan kita.Kak Diana ‘menjadi dengan Meeracle.’

Penyampaian Kunci Kereta Mercedes-Benz Untuk Wakil Penjual Produk Meeracle
Meeracle
Meeracle

EDELSTEEN SDN BHD 

Edelsteen Sdn Bhd was established in 2015 with the vision to emerge as an innovative and trustworthy local cosmetic brand, the best in Malaysia and Internationally. Started with two products with special gemstone formulation, the Meeracle Facial Serum and Meeracle Facial Cleanser, the products have captured the heart of many women in Malaysia. The formula that has been used is developed in tested specially for the Asian skin. All our products are clinically tested and proven to improve skin condition. Meeracle owns a factory with the GMP certificate, this to make sure that all of our products are safe to use before we distribute the products. Meeracle ‘s products are available thru our stockiest and agents across the country, and also another Asean countries. For more information, please visit our website – www.meeracle.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bukan Gimik, Fattah Amin Buat Laporan Polis Untuk Bersihkan Nama

[VIDEO] Sweetnya! Ucapan Fasha Sandha & Aidil Aziz di Malam Berinai