in , ,

Video Muzik TIADA DIRIMU Shila Amzah Trending di Youtube

Baru dimuatnaik ke YouTube hari Jumaat lalu, video muzik rasmi “Tiada Dirimu”, single Melayu terbaru daripada SHILA AMZAH sudah pun mencatat lebih daripada 200,000 tontonan dan menjadi Top 20 trending di YouTube!

Shila Amzah

Selepas lebih 6 tahun, penyanyi Malaysia yang diberi gelaran ‘Asia’s Sweetheart’ selepas menempa nama di negara Cina, Hong Kong dan Taiwan kembali dengan single Melayu terbaru yang lama dinanti-nantikan peminat. Kali terakhir SHILA muncul dengan single Melayu pada tahun 2013 menerusi lagu “Masih Aku Cinta”. Selain lagu tersebut, SHILA popular dengan lagu-lagu hit, “Patah Seribu” dan “Beribu Sesalan” yang menggandingkan beliau bersama penyanyi-penyanyi hebat,  Jaclyn Victor dan Ning Baizura.

Video Muzik Rasmi TIADA DIRIMU Single Melayu Terbaru Shila Amzah Top 20 Trending di Youtube Sebaik Dilacarkan!

Single terbaru, “Tiada Dirimu” merupakan ciptaan gandingan finalis AJL 33, komposer Farouk Roman dan penulis lirik, Amylea. Farouk Roman dan Rudy Nastia turut bertindak sebagai Penerbit lagu ini.     

Menariknya, lagu terbaru nyanyian SHILA atau nama sebenarnya NurShahila Amir Amzah itu terpilih menjadi lagu tema utama drama rantaian ‘Cari Aku Di Syurga’ lakonan Aeril Zafrel, Janna Nick dan Mimi Lana yang bersiaran dalam bulan Ramadan setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 10 malam di slot Samarinda, TV3.

Bagi SHILA yang kini hamil anak sulungnya, merakamkan lagu terbaru ini memberikan pengalaman baru buatnya.

“Ini pengalaman yang sangat menarik sebab saya boleh rasa bayi dalam perut bergerak. Dalam masa sama, ia agak mencabar juga kerana pada hari saya merakamkan lagu ini jadual kerja begitu padat.

“Setelah habis kerja siang hari, saya terpaksa makan malam dalam kereta dan lari ke studio untuk menjalani proses rakaman. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan,”

– Shila Amzah

Selain itu, SHILA mengakui sudah lama mengikuti perkembangan Farouk dan Amylea yang disifatkannya berbakat dan saling melengkapi dalam bidang penciptaan lagu.

“Saya memang sudah lama mencari lagu yang sesuai daripada komposer lain, cuma tak dapat jumpa keserasian. Apabila dapat bekerjasama bersama Farouk, Amylea dan Penerbit bersama, Rudy saya rasa sangat senang dan selesa dengan mereka.

“Kalau nak tahu saya sudah lama mengikuti perkembangan Farouk dan Amylea kerana mereka berdua memang sungguh berbakat dan saling melengkapi. Alhamdulillah, dapat juga rezeki bekerjasama dengan mereka,”

Shila Amzah

SHILA juga berkongsi, dirinya sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana komposer sama ada yang baru atau lama.

“Dari dulu saya sentiasa terbuka dan membuka peluang kepada semua komposer sama ada yang baru atau lama. Pendek kata kena mengikut kesesuaian suara saya,”

“Harapan saya agar dapat mengubati rindu peminat. Paling penting lagu ini boleh diterima oleh semua pencinta dan pendengar muzik tanah air,”

– Shila Amzah

Lagu “Tiada Dirimu” terbitan dan edaran syarikat rakaman Seventeen Eleven Music kini boleh didengari di semua pelantar muzik Digital termasuk Spotify, Apple Music, Joox, KK Box, Deezer dan iTunes.

Pautan terus ke muzik video rasmi: Tiada Dirimu | Shila Amzah https://youtu.be/UyuMF5wv3iw

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Keanggunan Senireka Hebat Hotel JW Marriot Hanoi

Andi Bernadee

Spotify Menampilkan Senarai Artis ‘Most Discovered’ oleh Pendengar di Malaysia