in , ,

Showcase Malam Gemilang Bersama Jaclyn Victor di Planet Hollywood

Planet Hollywood Proudly Presents Malam Gemilang Bersama Jaclyn Victor pada 2 September 2007 (Ahad), 10.00 malam.

Artis berbakat besar Malaysia, Jaclyn Victor akan kembali mengadakan persembahan di pentas utama Planet Hollywood pada 2 September 2007 ini pada pukul 10.00 malam. Showcase istimewa yang diberi nama “Malam Gemilang” ini diadakan bersempena dengan perlancaran album re-packaged terbaru beliau (edisi terhad) yang berjudul ‘Inilah Jac’ pada 14 Ogos baru-baru ini. Jaclyn Victor menjanjikan hanya yang terbaik buat peminat-peminatnya yang ada di luar sana. 

Jaclyn Victor atau lebih dikenali dengan panggilan manja Jac di kalangan para peminatnya mula di kenali ramai selepas menjuarai rancangan hiburan berbentuk realiti TV; Malaysian Idol pada tahun 2004. Suara Jac yang cukup tinggi dan merdu sekali berjaya memukau pihak juri dan para penonton, seterusnya menobatkan beliau Juara Malaysian Idol yang pertama!

gambar jaclyn victor

Menamakan Aretha Franklin dan Whitney Houston di antara penghibur idola beliau dan penyanyi R & B seperti Karyn White dan Natalie Cole pula sebagai sumber inspirasi beliau, Jac sesungguhnya seorang penghibur yang digemari ramai dan suara tinggi ala-ala gospel milik beliau membuatkan dirinya begitu istimewa sekali dalam industri hiburan tanah air kita. Ia terbukti apabila single pertama beliau berjudul ‘Gemilang’, yang juga merupakan lagu kemenangan beliau di pusingan akhir Malaysian Idol berjaya mendapat sambutan yang cukup luar biasa sekali, seterusnya melayakkan beliau memecah tradisi pendatang baru di arena muzik tanah air ini.

Album pertama beliau mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan sehingga melayakkan Jac menerima Anugerah Emas hanya selepas beberapa minggu ia berada di pasaran. Sebagai pendatang baru, ini adalah sesuatu yang cukup dibanggakan! 

Bermula dari tahun 2005 sehinggalah ke hari ini, Jac melihatkan kejayaan berterusan apabila beliau berjaya merangkul begitu banyak anugerah. Ini termasuklah muncul sebagai juara berganda dalam pertandingan akhir carta lagu popular Hits 1 di Auditorium Perdana, Angkasapuri di mana lagu Gemilang yang di pertaruhkan pada malam itu berjaya memenangi Anugerah Lagu Terbaik dan Anugerah Persembahan Terbaik.

Sebelum itu, beliau mengharumkan nama Malaysia apabila bejaya menggondol Anugerah Emas di pertandingan Festival Muzik Asia yang berlangsung di Shanghai, China, Jac juga menjulang kemenangan besar apabila lagu Gemilang dinobatkan sebagai Anugerah Juara Lagu ke-20 dan terbaru sekali beliau di nobatkan sebagai Juara Ikon Malaysia (kategori solo) yang baru sahaja berlangsung baru-baru ini.

Para peminat artis sensasi ini yang ada di luar sana di jemput untuk hadir menyaksikan persembahan live beliau di dalam suasana yang penuh intimasi hanya di Planet Hollywood pada September ini. Kali terakhir beliau beraksi di pentas utama Planet Hollywood ialah di bawah siri Sunday Nite Live pada tahun lepas (2006) dan sambutan yang diberikan cukup hebat sekali! Kali ini Jac kembali membuat persembahan untuk anda semua dan beliau akan diiringi oleh barisan pemuzik handalan tanah air.

gambar jaclyn victor

Jangan lepaskan peluang untuk menonton persembahan Jac ini, yang sudah pasti mampu memukau malam minggu anda. Showcase eksklusif yang akan berlangsung pada 2 September ini, pada pukul 10.oo malam bakal menyaksikan kehebatan sebenar Jac membuat persembahan secara live tanpa henti selama 45 minit.

Bayaran Masuk untuk menyaksikan showcase eksklusif ‘Malam Gemilang Bersama Jaclyn Victor’ ialah RM 40 (termasuk satu minuman percuma). 

Planet Hollywood bertempat di bangunan KL Plaza, Jalan Bukit Bintang.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 03-2144 6602.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SANJAY DUTT

Yang Kecoh! Artis Bollywood Sanjay Dutt Dibebaskan Dari Penjara

6IXTHSENSE

Ulasan Video Klip Lagu Tak Bisa Memilihmu 6ixth Sense