in

Video Puasa Yang Yuk Iklan Raya Aidilfitri TM 2013

Lebih kurang dua minggu lagi kita semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Seperti kelazimannya, iklan raya di kaca TV pasti mendapat tumpuan dan perhatian khususnya penggemar iklan raya. Sedikit sebanyak iklan raya komersial di kaca TV ini memeriahkan suasana sambutan hari raya setiap tahun dan ia memang dinantikan. Syarikat-syarikat besar pastinya membelanjakan kos yang tinggi untuk menyiapkan iklan raya. Kadang-kadang Budiey rasa ia satu persaingan yang sihat di mana setiap iklan raya saban tahun mahu menggamit jumlah penonton yang tinggi di Youtube.

[dropcap]P[/dropcap]ada pagi tadi, Budiey ada menonton iklan raya dari syarikat pembekal telekomunikasi popular di Malaysia iaitu Telekom Malaysia Berhad (TM). Video iklan raya penuh berdurasi 1 minit 50 saat yang telah diupload di saluran Youtube milik TM semalam. Video iklan ini berjudul Puasa Yang Yuk dengan menampilkan seorang kanak-kanak comel sedang belajar untuk berpuasa penuh. Memang banyak godaan dan cabaran. Nak lagi masa kanak-kanak, dah tentu kita semua ada kenangan tersendiri semasa belajar untuk berpuasa penuh.

Yang kelakarnya, kanak-kanak bernama Aiman ini telah naik berat badan gara-gara makan terlalu banyak semasa berbuka puasa. Sampai baju raya yang disiapkan oleh ibunya sebelum puasa dah tak muat.

Selain itu, iklan ini juga ada mesej yang positif yang dapat memberikan pengajaran kepada berguna. Tentang berpuasa bukan sahaja sekadar untuk menahan makan dan minum. Malah, ada perkara lain yang perlu disentuh juga terutama dari segi kerohanian.

Mengajar kanak-kanak berpuasa penuh ini sebenarnya memerlukan masa juga. Puasa Yang Yuk mungkin salah satu caranya. Iklan ini juga menceritakan tentang pentingnya kesederhanaan dalam hidup. Juga tentang cara kita mengajar kanak-kanak tentang erti diet yang sebenar. Cuma, ada juga yang tak bersetuju bila iklan ini promote tentang diet pada kanak-kanak kerana mungkin mereka membesar dengan menganggap kurus itu cantik walhal yang perlu kita tekankan ialah makanan yang seimbang dan berkhasiat.

Apa pendapat korang tentang video iklan raya dari TM ni? Komenlah sikit.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ashraf Muslim Kahwin Sakinah Bukan Sebab Anak

Bazar Seindah Ramadan TV3 TV9 di Sungai Petani Kedah