in ,

Video & Gambar Siti Nurhaliza di Majlis Berbuka Puasa Universal Music

Setiap kali tiba Majlis Berbuka Puasa yang melibatkan kehadiran penyanyi Dato’ Siti Nurhaliza pasti tak lekang dengan kemeriahannya. Tak kiralah dari segi kunjungan tetamunya, peminatnya, malah media pun turut ramai datang untuk bertemu dan menemubual penyanyi popular ini. Seperti juga dengan Majlis Berbuka Puasa anjuran Universal Music Malaysia yang berlangsung pada jam 6 petang semalam. Hampir penuh Restoran Warisan yang terletak di Dataran Merdeka yang dimiliki oleh Pak Engku. Sedap betul lauk pauk kat sini. Sangat klasik okay. Makan dalam pinggan lama dihiasi dengan frame gambar seniman legenda tanahair, haaa… mana nak cari tu kan?

[dropcap]D[/dropcap]alam kesibukan dan kesuntukan masa itu, Budiey bernasib baik sebab dapat menemubual Dato’ Siti Nurhaliza di luar restoran, dekat dengan Dataran Merdeka yang kini dipenuhi asap jerebu, dramatik gituh… walaupun hanya 5 minit tapi rasanya cukuplah untuk bekalan video Youtube. Jangan takde langsung pulak kan? Pada yang tak dapat temubual eksklusif tu jangan risau sebab, Budiey dikhabarkan SimplySiti bakal menganjurkan Majlis Berbuka Puasa serentak dengan Pelancaran Produk Terbaru Argan yang bakal dilangsungkan dalam minggu ini.

Pastinya, soalan tentang album pop terbaru Siti Nurhaliza dan juga persiapan beliau untuk hari raya Aidilfitri tahun ini tak lepas dari mulut para media. Yang bezanya puasa tahun ini, Siti dan suami tak dapat mengerjakan umrah atas kesihatan suami dan juga menurut Kak Zie, pengurus Siti, masjid Mekah sekarang ni kan dalam pengubahsuaian dan terpaksa menghadkan kunjungan tetamu Allah. Oh ye ke… pandai Kak Zie buat survey ek. Pengurus yang bagus. Haha, ayat bodek tak kat situ?

Menurut Siti yang katanya akan beraya di rumah suami pada 1 Syawal, album pop dijangka akan dikeluarkan tak berapa lama lagi selepas proses rakaman yang akan dijalankan selepas sambutan hari raya nanti. Budiey tak sabar nak dengar buah tangan terbaru Siti. Dengarnya, pembikinan album kali ini sangat details dengan melibatkan ramai komposer terkenal.

Jom klik dan tonton video rakaman Budiey di majlis ni. Jom ler, klik:

  1. Pesanan Siti Nurhaliza Sempena Sambutan Aidilfitri 2013
  2. Busana Pilihan Siti Nurhaliza Sempena Aidilfitri 2013
  3. Ketika Cinta – Dato’ Siti Nurhaliza di Majlis Berbuka Puasa Universal Music  

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bapa Tasha Shila Larang Bawa Watak Jahat

Drama Maruah Lakonan Adam Shah