in , ,

Ustaz Ebit Lew Tampil Buat Laporan Polis, Caprice Batalkan Sesi IG Live Malam Ini

Pendakwah terkenal Ebit Lew tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi sebentar tadi untuk membuat laporan polis dipercayai berkaitan isu misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin, baru-baru ini. Nantikan perincian selanjutnya.

Pendakwah dan aktivis terkenal Ustaz Ebit Lew sebentar tadi telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi difahamkan berhubung beberapa tuduhan mengenai misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin, baru-baru ini.

Beliau sebaik membuat laporan telah mengadakan satu sidang media ‘ringkas’ memaklumkan apa yang dilemparkan terhadapnya oleh beberapa pihak adalah fitnah.

Menerusi video perkongsian sidang media di laman Facebook beliau, UEL turut memaklumkan kepada media yang beliau akan membuat penjelasan penuh dalam masa terdekat berkemungkinan pada esok hari.

Caprice Batal IG Live

Dalam pada itu rapper dan usahawan, Caprice yang sebelum merancang untuk mengadakan satu sesi IG Live pada malam ini bagaimanapun mengumumkan membatalkan hasratnya.

Menerusi IG Story, Caprice memaklumkan dia terpaksa melupakan hasratnya selepas satu laporan polis telah dibuat dipercayai berhubung isu berkenaan.

Dia dalam masa sama turut berkongsi satu siaran media dari Jabatan Siasatan Jenayah yang menasihatkan orang ramai untuk tidak menyebar atau membuat kenyataan berbaur fitnah memandangkan ia merupakan satu kesalahan dan boleh disiasat di bawa beberapa akta.

Terdahulu, pengasas Pertubuhan Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al nuri menerusi telegram telah berkongsi satu perkongsian panjang lebat mengenai pandangannya berhubung misi kemanusiaan UEL ke sana baru-baru ini.

caprice

Ebit Lew Buat Laporan Polis

Ebit yang tiba jam 6.16 petang menaiki Toyota Vellfire dengan diiringi tiga pikap dijangka mengadakan sidang media selepas itu.

Hari ini, rakyat Malaysia yang tinggal di Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman atau dikenali sebagai Nadir Al-Nuri tampil membuat penjelasan berhubung isu misi kemanusiaan oleh Ebit.

Nadir yang juga Ketua Pegawai Ekslusif, sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Cinta Gaza Malaysia, mendakwa pasukan misi Ebit membayar kos yang tinggi kepada sebuah syarikat bagi menguruskan kemasukan mereka ke Gaza dan tidak menggunakan khidmat NGO tempatan di Gaza.

Ebit Lew Akan Buat Penjelasan Terperinci Esok

Ebit bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci butiran laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, sebelum menyatakan akan memperjelaskan isu berkenaan esok.

“Sebelum ini saya berdiam diri dengan tohmahan dan fitnah terhadap diri saya dari dulu lagi, namun berkaitan isu terbaru ini apabila anak dan isteri saya sendiri menangis dan kecewa mengenai segala tuduhan yang dilemparkan, maka saya rasa terpanggil untuk membuat laporan polis.

“Laporan ini adalah sebagai menyangkal segala dakwaan yang tidak benar berkaitan misi di Semenanjung Gaza, Palestin,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di IPD Dang Wangi.

Terdahulu rakyat Malaysia yang tinggal di Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman atau dikenali sebagai Nadir Al-Nuri tampil membuat penjelasan berhubung isu misi kemanusiaan oleh Ebit.

Nadir yang juga Ketua Pegawai Ekslusif, sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Cinta Gaza Malaysia mendakwa pasukan misi Ebit Lew membayar kos yang tinggi kepada sebuah syarikat bagi menguruskan kemasukan mereka ke Gaza dan tidak menggunakan khidmat NGO tempatan di Gaza.

Ebit berkata beliau sedih dengan laporan tidak berasas yang disebarkan di media sosial sehingga menjatuhkan semangat ahli keluarga dan pasukan misi bantuannya sendiri.

“Apa yang saya boleh katakan laporan ini sememangnya bagi menyangkal dakwaan yang sebelum ini dikeluarkan oleh Nadir Al-Nuri dan selebriti Caprice.

“Segalanya akan saya perjelaskan esok,” katanya.

‘Misi Gaza Guna Duit Sendiri, Bukan Derma’

Pendakwah Ebit Lew menjelaskan bahawa segala kos perbelanjaan misi kemanusiaan ke Semenanjung Gaza, Palestin, adalah menggunakan wangnya sendiri bukannya daripada kutipan mana-mana tabung derma.

Beliau menyatakan perkara itu bagi menafikan dakwaan pihak tertentu yang menyatakan dia membazirkan kos tertentu hasil sumbangan terhadap misi berkenaan untuk masuk ke Gaza.

“Saya pergi dengan duit saya sendiri dan tak pernah buka satu tabung pun untuk misi berkenaan.

“Bagaimanapun, apabila ada pihak yang menyatakan sebaliknya maka saya anggap ini sebagai ujian dari Allah SWT,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, petang tadi.

Beliau yakin perkara untuk memburuk-burukkan niat baik pasukan bantuannya itu tidak akan berkesudahan sampai bila-bila.

“Niat kami bersama sahabat-sahabat saya adalah membantu rakyat di Gaza, Palestin dan tak pernah ada satu tabung pun diwujudkan.

“Segala kos dan perbelanjaan adalah menggunakan duit saya sendiri,” katanya.

Biarkan Ebit Selesai Rakam Percakapan Dengan Polis Dulu’

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Liew hanya akan bercakap kepada orang ramai dalam platform awam selepas selesai proses rakaman percakapan oleh polis membabitkan isu fitnah didakwa dilemparkan pihak tertentu mengenai misi kemanusiaan beliau ke Semenanjung Gaza, Palestin.

Peguamnya, Datuk Hasnal Rezua Merican, berkata beliau tampil bersama Ebit untuk membuat laporan polis bagi meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan jika wujud sebarang unsur fitnah berbentuk jenayah dilakukan pihak luar terhadap pendakwah terbabit.

Beliau berkata, laporan polis juga dibuat sebagai asas bagi memulakan tindakan sivil ke atas pihak yang masih memperkatakan dan menyebarkan fitnah ke atas Ebit serta mengulang siar inti pati bersifat fitnah terhadapnya.

“Saya dilantik Ebit bagi mewakilinya untuk membantu menangani isu yang timbul sejak kebelakangan ini.

“Jadi, kita akan fokus kepada defendan yang disasarkan dan memulakan tindakan sivil ke atas mereka.

“Dalam perkara ini, saya menasihatkan Ebit supaya tidak bercakap mengenai isu ini buat masa ini kerana selepas buat laporan polis tadi, percakapannya akan dirakam pegawai penyiasat,” katanya kepada media di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi selepas selesai membuat laporan polis sekitar jam 7 malam tadi.

Hasnal berkata, beliau mahu Ebit menyelesaikan dulu keterangan percakapannya kepada polis sebelum menjawab pertanyaan media dalam platform awam.

Ditanya sama ada polis sudah memberi hari dan masa merakam keterangan Ebit, beliau berkata, pihaknya tidak dimaklumkan tarikh dan waktu spesifik untuk proses itu.

Bagaimanapun, katanya, beliau yakin keterangan mungkin dirakam pegawai penyiasat dari Balai Polis Jalan Tun Razak, yang juga tempat atau lokasi kesalahan fitnah itu dikesan.

*Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nurhaliza Dah Terima Suntikan Vaksin, Ini Alasannya Tidak Kongsi di Sosial Media

Datuk Fizz Fairuz Kena Scam, RM18 Ribu Habis Lesap, Terus Buat Report Polis