in , ,

Uqasha Senrose & Hefny Sahad Rancang Nikah Tahun 2018

SEJAK hubungan istimewa yang dapat dihidu netizen beberapa minggu lalu, pasangan kekasih Hefny Sahad dan Uqasha Senrose kini sering menjadi perhatian ramai pihak.

Mana tidaknya, mereka sering dilihat bersama dalam beberapa acara sosial malahan kerap memuat naik gambar secara bersama menerusi laman Instagram masing-masing.

Uqasha Senrose & Hefny Sahad Rancang Nikah Tahun 2018

Dengar-dengarnya Hefny dan Uqasha bakal menamatkan zaman bujang mereka pada hujung tahun 2018.

Pemuda berusia 30 tahun itu mengakui telah mendapatkan restu daripada kedua-dua belah keluarga dan merancang untuk melamar Uqasha tidak lama lagi.

“Kami sudah berbincang tentang itu (berkahwin). InsyaAllah jika tak ada halangan dan dengan rezeki Allah SWT untuk mempermudahkan segala-galanya, Saya berharap agar urusan membina masjid bersama Uqasha ini berjalan lancar seperti dirancang bersama pada hujung tahun depan. Saya memang mahu memperisterikan dia dalam waktu segera tetapi kami perlukan masa untuk membuat persiapan,” katanya dipetik laporan sebuah akhbar tempatan.

Akui pengacara program Muzik-Muzik 32 itu, dia perlu mempersiapkan dirinya sebelum menamatkan zaman bujang dan menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami kepada Uqasha.

Uqasha Senrose & Hefny Sahad Rancang Nikah Tahun 2018

“Persediaan dari segi persediaan mental, mengukuhkan kewangan sedia ada dan mendalami lagi ilmu agama dalam diri sendiri, sebelum saya menjadi ketua keluarga itu sangat penting,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hefny berjanji akan berkongsi detik-detik manis tersebut bersama peminat-peminat mereka.

Akuinya lagi, dia memilih untuk bersikap terbuka tentang hubungan istimewa mereka supaya tiada salah faham yang akan timbul pada masa akan datang.

Uqasha Senrose & Hefny Sahad Rancang Nikah Tahun 2018

“Saya memilih untuk kongsi kepada umum apabila sampai masa, itu janji saya. Benda yang baik, takkanlah saya nak berahsia asalkan kita tidak langgar undang-undang dan norma masyarakat orang Melayu,” jelasnya.

Khabarnya, mereka sudah berkawan rapat sejak setahun yang lalu sebelum mengambil keputusan untuk menjadi pasangan kekasih.

Semoga semuanya dipermudahkan buat pasangan ini.

Uqasha Senrose & Hefny Sahad Rancang Nikah Tahun 2018

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Lagu Konsert Suku Akhir GEGAR VAGANZA 4 – JANGAN KATA TAK TAHU

NICKTHEREAL’s Party Tour in Malaysia