in , ,

Ini Ciri Mengapa Hefny Sahad Terpikat dengan Uqasha Senrose

Pelakon dan pengacara Hefny Sahad dikatakan sedang bercinta dengan pelakon cantik, Uqasha Senrose.

Namun, tidak seperti selebriti lain yang memilih untuk bercinta ‘senyap-senyap, Hefny lebih bersikap terbuka untuk berkongsi mengenai hubungan rapat yang terjalin antara dia dengan Uqasha.

Menurut Hefny, dia mula mengenali Uqasha sejak tiga tahun lalu namun hubungan mereka mula terjalin sekitar hujung tahun lepas.

Uqasha-Hefny-Sahad

“Hubungan saya dengan Uqasha rapat sejak penghujung tahun lalu. Apa yang saya boleh katakan saya hanya keluar dengan dia dan tidak ada wanita lain.

“Kami sudah mengenali antara satu sama lain sejak tiga tahun lalu namun pada penghujung tahun lalu saya mula rapat dengan dia,” kata Hefny memetik mStar Online.

Tambah aktor berusia 30 tahun ini lagi, sikap wanita itu yang begitu manja dan bertanggungjawab terhadap keluarga membuatkan hatinya terpikat.

Malahan, Hefny turut mengakui Uqasha mempunyai ciri-ciri wanita idaman yang dicari.

“Saya lihat Uqasha sangat bertanggungjawab dan mementingkan keluarganya terlebih dahulu. Cara dia melayan dan menjaga adik-beradiknya membuatkan saya terpikat.

“Boleh dikatakan dia seorang wanita yang mempunyai ciri-ciri wanita idaman saya. Malah, Uqasha juga seorang yang manja,” ujarnya.

Namun, Hefny berkata mereka belum ada apa-apa perancangan lagi untuk membawa hubungan yang terjalin itu ke peringkat yang lebih serius.

“Buat masa sekarang ini, saya tak boleh nak kata apa-apa lagi. Kami pun tidak ada perancangan untuk ke peringkat seterusnya.

“Insya-Allah kalau ada jodoh saya dan Uqasha. Harap semua doa yang baik-baik untuk kami berdua,” katanya.

Uqasha Nafi Bercinta Dengan Hefny Sahad

Hefny berkata demikian ketika ditemui dalam majlis sidang media pengumuman 30 buah lagu yang akan bertanding di separuh akhir Muzik-Muzik Ke-32 di Dewan Tun Hussien Onn, PWCT, pada Selasa lepas.

Dalam perkembangan lain, Hefny dikatakan lebih mengutamakan bidang pengacaraan berbanding lakonan.

Bagaimanapun, dia tidak akan sama sekali berhenti untuk terus berlakon tetapi hanya mengambil tawaran drama yang sesuai dengan jadual kerja.

“Bidang pengacaraan ini memang keutamaan saya sejak awal memasuki dunia seni lagi. Tapi tidak lah saya berhenti daripada berlakon.

“Kalau ada tawaran yang sesuai dengan jadual saya pasti akan terima,” kata pengacara program Muzik-Muzik 32 ini.

Baca: Uqasha Nafi Bercinta Dengan Hefny Sahad

Hmmm… Ehhh bercinta pula? Sebelum ni Uqasha ada keluar statement menafikan. Apa-apapun, kita tunggu apa pula kata Uqasha mengenai perkara ini!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Syamel Sertai ABU TV Song Festival di China

Ghosts & Ghouls Come Alive At RTL CBS Extreme’s Halloween Weekend Special