in , ,

Hefny Sahad Hos Program FUH BERATUR di TV Okey

Apa yang istimewanya tentang travelog bermotorsikal yang satu ini? Adakah tentang pengisiannya? Hos program ini? Yang pastinya program diberi tajuk “Fuh Beratur” yang mula bersiaran episod pengenalannya pada 11 Februari ini mampu membuatkan anda terliur dan ingin mencuba menu-menu hidangan makanan yang dikongsikan.

Sesuai dengan tajuknya, Fuh Beratur, program santai menemui penonton setiap Selasa, pukul 6.00 petang menerusi saluran TV Okey ini membawa anda semua mengembara ke destinasi-destinasi pilihan mencari kedai-kedai makan yang sedap dan menarik. 

Hos Hefny Sahad bersama-sama rakan bikers dalam 13 episod program ini berhenti dan mengunjungi tempat-tempat makan yang menarik, viral dan yang pasti anda perlu beratur sebelum dapat menikmati hidangan yang enak. Disamping itu juga program ini turut mendokumentasikan keindahan dan kecantikan pemandangan sepanjang perjalanan.

Poster Fuh Beratur

Keterujaan Hefny menunggang motorsikal berkuasa tinggi singgah berhenti berehat di Restoran Yik Mun, Tanjung Malim dikongsikan dalam episod kembara mereka mengelilingi negeri Perak. Sebut sahaja restoren ini penonton sudah dapat membayangkan kelazatan pau yang dijual di sini. 

Sebutnya nak makan apa, semua ada dalam Fuh Beratur episod seterusnya. Antaranya mereka mengadakan penggambaran di lokasi terpilih sekitar Perlis mencuba nasi kandar popular di negeri Indera Kayangan tersebut juga mencuba hidangan laksa dan honey daging madu di kedai makan berhampiran Gua Kelam.

Sesuatu yang menarik juga turut dipaparkan dalam episod kunjungan Hefny dan rakan-rakan motorsikalnya di Pulau Pinang mencuba nasi7benua Bayan Lepas yang pastinya lazat dinikmati.

Ikuti banyak lagi perkongsian episod kembara ini di TV Okey. 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Hos...hefny Sahad
Hefny Sahad
Hefny Bersedia Memulakan Perjalanan Berkongsi Menu Menarik
Episod Di Perlis

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tasha Shilla | 14

Tasha Shilla Selamat Bertunang dengan Atiq

Vicha | 15

J-Born Buat Parodi Babak Erra & Awie dalam Filem SEMBILU di Konsert Romantika Awie