in ,

Ramai Yang Tak Dapat Move On Dengan Persembahan JAMPI dari Hazami

Konsert GEGAR VAGANZA musim ke-4 pusingan suku akhir bertemakan ‘Jangan Kata Tak Tahu’ yang berlangsung Ahad lalu telah menyaksikan perjuangan Aqasha terhenti di minggu yang keenam. Aqasha yang membawakan lagu Inggeris berjudul ‘That’s Why (You Go Away)’ nyanyian asal oleh Michael Learns To Rock gagal memikat hati juri sekaligus meletakkan beliau di tangga terendah dengan keseluruhan markah sebanyak 43.8%.

Gegar Vaganza

Dalam pada itu, Liza Hanim masih mengekalkan kecemerlangan beliau di pentas ‘GV4’ apabila sekali lagi berada di kedudukan teratas dengan markah sebanyak 76.1%. Beliau menyampaikan lagu ‘Warkah Untukku’ nyanyian asal oleh Ara Johari pada malam tersebut. Ini diikuti dengan Hazami yang mendapat tempat kedua dengan markah sebanyak 73.6% dengan lagu ‘Jampi’ (Hael Husaini) dan Aishah di tempat ketiga dengan 67.6% dengan lagu Haqiem Rusly berjudul ‘Tergantung Sepi’.

JAMPI Hazami di GEGAR VAGANZA. Magic Ini Buat Ramai Tak Boleh Move On

Untuk pusingan separuh akhir Ahad ini, calon bintang finalis diberi tugasan yang lebih mencabar apabila dikehendaki membawa dua buah lagu setiap seorang yang bertemakan ‘Goyang Kaki Goyang Tangan’ & ‘OST’ atau ‘Runut Bunyi’. Firman bakal menyanyikan lagu ‘I Feel Good’ nyanyian asal oleh James Brown dan ‘Menanti Sebuah Jawaban’ oleh Padi (OST Ungu Violet). Hazami pula dengan lagu ‘Getaran’ (Famieza) & ‘Hello’ (Lionel Richie, OST Shrek), Lan Solo dengan ‘Kalis Rindu’ (Elyana) & ‘Ukiran Jiwa’ (Awie, OST Sembilu 2) dan Tia Jinbara dengan ‘Hukum Karma’ (Wings) & ‘Isabella’ (Search, OST Fenomena).

Manakala bintang wanita Aishah pula akan membawakan lagu Tina Turner berjudul ‘River Deep Mountain High’ & ‘Keranamu Kekasih’ (Illa Sabry, OST Gerak Khas The Movie), Liza Hanim dengan ‘Kesal’ (Ella) & ‘Jagalah Diri’ (Jaclyn Victor, OST 29 Januari) dan Syura dengan ‘Dokter Cinta’ (Dewi Dewi) & ‘Cinta Antara Benua’ (Arni Nazira, OST Cinta Antara Benua).

Siaran Langsung Konsert Gegar Vaganza Musim 4 (Minggu Separuh Akhir) pada 10 Disember 2017 (Ahad), akan berlangsung di Dewan Sri Putra. Siapakah yang bakal mara ke pentas final? Sama-sama kita nantikan.

Image006

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Filem BLEEDING STEEL

Temubual Eksklusif Bersama Pak Nil Pengacara Program GO PAKNIL Musim Kedua