in , ,

Ulasan Penuh Samsung Galaxy A22 5G, Bagus Untuk Sosial Media & Gamer!

Dalam entri sebelum ini, Budiey ada kongsikan tentang pandang pertama dan Pengalaman Budiey Buka Kotak Samsung Galaxy A22 5G. Jadi dalam entri kali ini pula, Budiey nak ceritakan pula secara terperinci apakah ciri-ciri yang best dan fungsi yang canggih apabila anda menggunakan Samsung Galaxy A22 5G. Okay, lets go!

Orait gais… selepas tiga minggu menggunakan Samsung Galaxy A22 5G  di rumah sebab di musim pandemik ni, Budiey tak dapat pergi ke mana-mana sebab nak elak diri daripada dijangkiti Covid-19 punya pasal. Kalau keluar pun memang kena ikut SOP yang ketat. Dan seperti yang Budiey janjikan, nah… secara jujurnya, ini pendapat dan pandangan Budiey tentang Samsung Galaxy A22 5G. Yang berminat untuk beli, wajib baca sampai habis, okay!

Harga Yang Berpatutan & Mampu Milik 

Rasanya korang akan bersetuju sekiranya Budiey kata… duit sangat penting tatkala kita semua berdepan dengan pandemik ni. Jadi, nak tak nak kita kena berjimat cermat gais! Jadi, jika anda sedang mencari telefon pintar Samsung paling murah dengan sokongan 5G, tak lain dan tak bukan model yang ada ialah Galaxy A22. la dijual pada harga di bawah RM1,000 dan Budiey kira ini satu harga yang sangat murah dan mampu milik, betul tak? Harga semurah ini sudah tentu akan mendapat perhatian bagi ibu bapa yang sibuk mencari telefon bimbit buat anak-anak yang terpaksa belajar secara dalam talian kat rumah tu.

Samsung Galaxy A22 5G

Rekabentuk Yang Solid

Hari demi hari menggunakan telefon bimbit ini, Budiey dapat rasa telefon bimbit ni sangat selesa dipegang. Nak pegang lama-lama pun takdelah lenguh tangan sangat. Ini kerana bentuknya yang simetri memberikan korang cengkaman yang selesa. Jadi takdelah nak senang jatuh. Kemasan belakangnya ialah jenis plastik matte yang memudahkan korang nak pegang phone tanpa meninggalkan kesan cap jari. Budiey suka dengan susunan kamera di bahagian belakang berbentuk petak, memberikan kemasan akhir yang nampak simple tapi cukup bergaya.

Samsung Galaxy A22 5G

Kamera Yang Versatile Yang Pintar

Ramai di antara kita menggunakan kamera telefon pintar untuk pelbagai tujuan termasuklah merakam kenangan, memudahkan aktiviti atau kerja seharian termasuklah memenuhi keperluan di media sosial. Jadi, kamera yang ada pada Samsung Galaxy A22 5G sesuai untuk anda yang mengidamkan kamera yang dapat menghasilkan mutu gambar yang ohsem!

Bagi Budiey sendiri yang sentiasa mengemaskini laman sosial media dengan gambar-gambar atau foto menarik buat tatapan pengikut setia sudah tentu akan memilih ciri-ciri utama dengan kamera yang versatile. Ciri ini dapat membantu Budiey merakam gambar cantik dan sejuk mata memandang pada bila-bila masa dalam apa jua keadaan.

Samsung Galaxy A22 5G

Galaxy A22 5G dilengkapi tiga kamera di bahagian belakang dengan kamera utama 48MP, kamera Ultra-Lebar 5MP dan kamera sensor Kedalaman 2MP, termasuk kamera swafoto 8MP. Kamera utama dilengkapi juga dengan F1.8, memberikan anda Depth of Field yang mana cukup juga dikenali sebagai bokeh di latar belakang ketika mengambil gambar subjek.

Samsung Galaxy A22 5G

Untuk anda yang beginners, kamera utama 48MP sesuai untuk anda menangkap gambar yang lebih jelas dan cerah, pada waktu siang dan malam menggunakan fungsi Mod Malam dan Scene Optimizer. Ciri ini memudahkan korang nak merakamkan gambar yang lebih jelas dan cerah pada waktu siang. Untuk waktu malam atau keadaan gelap pula, anda jangan risau sebab telefon pintar ini ada fungsi mod malam dan scene optimizer. Jadi, gambar yang dihasilkan tidak nampak suram walaupun kita merakam gambar ketika suasana yang gelap. Terima kasih juga kepada teknologi Tetra Binning yang menggabungkan empat piksel menjadi satu.

Samsung Galaxy A22 5G

Dengan OIS (Optical Image Stabilization) pada Galaxy A22, anda dapat mengambil gambar jelas dan merakam video dengan lancar, dan menarik lebih banyak cahaya untuk mencerahkan gambar anda dalam persekitaran gelap.

Samsung Galaxy A22 5G

Untuk pengalaman merakam gambar landskap pula, Budiey dapati lensa sudut lebar 115 darjah yang ada pada kamera ultra-lebar 5MP dan kamera kedalaman 2MP Galaxy A22 5G membolehkan mengenal pasti persekitaran korang secara automatik. Hasilnya, kita akan dapat mutu gambar yang kita hajati itu secara effortless. Jadi, takdelah orang kata kita try hard untuk dapat gambar sebab gambar yang diambil oleh kamera ini dah cukup cantik dah. 

Sekiranya anda berada dalam ruang yang sempit, kamera Ultra Wide mempunyai sudut pandangan sebanyak 123 darjah bagi Galaxy A22 dan 115 darjah bagi Galaxy A22 5G serupa dengan penglihatan manusia – akan menangkap gambar dengan sepenuhnya dan memberikan perspektif yang lebih luas untuk gambar anda[1].

Samsung Galaxy A22 5G

Sekiranya anda suka berselfie, kamera depan peranti-peranti ini membenarkan anda mengambil gambar dengan adanya efek bokeh. Fungsi ini mengaburkan sebarang gangguan di latar belakang dan membuat anda tampil dengan lebih menonjol. Jadi, ini sesuai untuk mana-mana content creator seperti Budiey tampil lebih jelas dan nampak lebih pro dalam gambar atau video. Sikit sebanyak menjadikan gambar korang lebih menakjubkan dengan latar belakang imej kabur dan memberi tumpuan kepada subjek utama.

Selain itu, untuk anda yang gemar berswafoto juga, kamera ini dilengkapi dengan kesan untuk menambahbaik wajah (Face Retouching Effect) yang menawarkan empat mod wajah termasuk kelicinan, tona warna, rahang, dan mata. 

Samsung Galaxy A22 5G

Puas Hati dengan Skrin Paparan 6.6-inci 

Galaxy A22 5G didatangkan dengan paparan skrin 6.6-inci Infinity V dengan resolusi FHD+. Dengan kadar segar semula 90Hz, ia memudahkan korang menatal dan menukar paparan dengan lebih lancar.

Dengan menyokong One UI Core 3.1, ia memberikan pengalaman mudah alih yang menyeronokkan dan membolehkan korang menetapkan kawalan telefon mengikut cita rasa.

Bagi ciri keselamatannya, Galaxy A22 5G dilengkapi pengimbas cap cari pada bahagian sisi seperti model Galaxy A32, yang membolehkan korang membuka dan mengakses telefon dengan lebih mudah hanya dengan satu butang.

Malah fungsi antaramuka, Quick Panel turut ditambah baik, memberikan kelancaran bertukar aplikasi apabila melakukan pelbagai perkara.

Samsung Galaxy A22 5G

Performance & Hayat Bateri Yang Tahan Lama

Hayat bateri biasanya menjadi masalah pada mana-mana telefon kelas pertengahan. Tapi dengan Galaxy A22 5G dilengkapi bateri tahan lama dengan kapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 15W.

Model ini menggunakan pemproses Octa-Core yang canggih RAM 8GB, kapasiti storan dalaman 128GB yang boleh ditambah sehingga 1TB dengan kad MicroSD.

Bateri 5,000mAh biasanya akan bertahan lama walaupun sepanjang hari penggunaan biasa (streaming media, hantar mesej, dan lain-lain), dan jika anda tidak menggunakan telefon terlalu banyak, ia boleh mencapai dua hari dengan sekali cas. Hebat bukan?

Malah teknologi 5G yang dibina turut memberi pengguna persediaan untuk menikmati teknologi itu apabila ia mula tersedia menjelang hujung tahun ini.

Hayat bateri yang sangat baik ini sebenarnya tidak mengejutkan, tetapi Budiey kagum dengan prestasi Galaxy A22 dengan chipset MediaTek Dimensity 700-nya. Aplikasi dibuka dengan cepat, penyemakan imbas web cepat, dan tidak ada pelambatan ketika beralih antara aplikasi lain. 

Samsung Galaxy A22 5G

Bagi gamers, kelebihan teknologi serta Cip MediaTek (Dimensity 700) pada telefon ini memberikan pengguna peluang untuk bermain dengan phase yang pantas dan kadar lengah yang rendah. Ada satu-satu masa tu, ada juga lag tapi takde la menjejaskan sesi permainan tu.

Pilihan Warna Pastel Yang Sejuk Mata Memandang

Didatangkan dengan warna-warna pastel Violet, Gray, dan Mint, Galaxy A22 5G boleh didapati hanya pada harga RM999.

Jika korang ada niat mahu tukar telefon bimbit atau nak berikan kepada anak-anak yang sedang mengikuti kelas PDPr, bolehlah dapatkan telefon bimbit ini untuk pembelajaran anak-anak. Sebab Budiey kira Samsung Galaxy A22 5G telefon kelas pertengahan yang mampu milik. 

Sehingga 31 Ogos 2021, kalau korang beli Galaxy A22 5G, korang boleh dapat sarung pelindung Soft Clear bernilai RM39 secara percuma. Sementara stok masih ada!

Untuk maklumat lanjut mengenai Galaxy A22 5G, korang boleh klik di SINI.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bunkface Lancar Single Terbaru KITA PUNYA MALAYSIA Versi Akustik

Bangkitkan Semangat Patriotik Anda di Hari Merdeka & Hari Malaysia Ini Bersama MPO!