in , ,

Bunkface Lancar Single Terbaru KITA PUNYA MALAYSIA Versi Akustik

Sempena bulan kemerdekaan Malaysia tahun ini, kumpulan rock tempatan, Bunkface telah melancarkan single terbaru mereka yang diberi judul “Kita Punya Malaysia versi Akustik”.

Lagu asal “Kita Punya Malaysia” pernah menjadi lagu tema hari kebangsaan Malaysia pada tahun 2018 & 2019. Mengambil kira suasana kemerdekaan tahun ini dimana negara masih lagi “berperang” dengan virus Covid-19, Bunkface mengambil Langkah untuk mengubah sedikit aura lagu tersebut dengan gubahan yang lebih santai. 

Bunkface

Lirik lagu ini yang juga ditulis oleh vokalis kumpulan Bunkface, Sam.  

“Kami berharap karya ini dapat sedikit sebanyak meniupkan semangat patriotism dikalangan peminat dan pendengar muzik kami walaupun dalam keadaan negara yang mencabar hari ini, kita harus terus bersemangat untuk membina masa depan yang lebih cerah demi generasi akan datang,”

– Bunkface
Bunkface

Lagu “Kita Punya Malaysia versi Akustik” dilancarkan pada jam 12 pagi 27th August 2021 di seluruh platform rasmi Bunkface :

Tajuk lagu : Kita Punya Malaysia (Versi Akustik)

Komposer : Sam Bunkface 

Lirik : Sam Bunkface 

Producer : Bunkface 

BUNKFACE

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

4 Filem Terbaik Sepanjang September Ini, Tonton di TV3

Ulasan Penuh Samsung Galaxy A22 5G, Bagus Untuk Sosial Media & Gamer!