in , ,

Pengalaman Budiey Buka Kotak Samsung Galaxy A22 5G, Kamera Padu dengan Harga Mampu Milik

Dalam artikel ini, Budiey akan cuba memberikan sedikit info pandangan pertama dan juga pengalaman buka kotak untuk telefon bimbit Samsung Galaxy A22 5G yang Budiey baru sahaja terima. Korang baca sampai habis tau!

Sebelum itu, bagi anda yang jadi penggemar dan pengguna peranti Samsung, pastinya akan tahu, siri Samsung Galaxy A merupakan barisan peranti yang ada ciri premium dengan harga yang sangat mampu milik. Ya, harganya murah sedikit berbanding peranti yang bertaraf premium.

Jadi, ini sekaligus mendapat perhatian pengguna Samsung untuk membelinya disebabkan ia hanya berharga RM999. Murah bukan? Tak hairan kalau ramai yang bertanyakan info lanjut kepada Budiey dan tanya mereka samada elok ke tak kalau nak beli telefon bimbit Samsung Galaxy A22 5G ini?

Apa Bezanya dengan Samsung Galaxy A22?

Samsung Galaxy A22 dan Samsung Galaxy A22 5G tak jauh bezanya. Namun, kedua-dua peranti ini menggunakan cipset, kamera dan skrin yang berlainan. Kalau kita tengok pada reka bentuk, sememangnya kita akan nampak kedua peranti ini hampir sama dengan sedikit perbezaan pada modul kameranya. 

Pengalaman Budiey Buka Kotak Samsung Galaxy A22 5G, Harga Mampu Milik

Warna Violet Yang Anggun

Untuk info, Samsung Galaxy A22 5G yang Budiey terima ni adalah warna Violet. Lebih kurang macam ungu cair macam tu la kan? Memang cantik sangat, sedap dan rasa sejuk je mata memandang, dan sesuai rasanya dengan gaya kita yang sukakan ketenangan.

Tapi kalau korang nak warna lain pun ada. Selain Violet, Samsung Galaxy A22 5G didatangkan dengan warna Grey dan Mint. 

Rekabentuk peranti ini diolah lebih bergaya dengan pilihan warna-warna pastel. Sememangnya peranti idaman paling mampu beli untuk anda!

Pengalaman Budiey Buka Kotak Samsung Galaxy A22 5G, Kamera Padu dengan Harga Mampu Milik

Apa Ada Dalam Kotak?

Jom kita bukak kotak dulu tengok apa ada dalam kotak semasa anda beli ya. Semasa bukak, anda akan dapati ada satu kotak lain yang berisi helaian buku kecil Quick Start Guide dan juga Warranty Card. Kemudian, anda pasti akan teruja melihat telefon bimbit yang cukup anggun dengan kemasan yang padu. Selain itu, ada akan dapat kabel USB C dan juga pengecas. Earfon tidak disediakan. Jadi, korang boleh beli secara berasingan ya. 

Pengalaman Budiey Buka Kotak Samsung Galaxy A22 5G, Harga Mampu Milik

Teknologi 5G Yang Laju Berdesup

Seperti yang kita semua tahu, Samsung Galaxy A22 ini dilengkapi dengan 5G iaitu generasi kelima jaringan tanpa wayar memberikan korang pengalaman melayari internet dengan lebih pantas serta jaringan yang lebih luas. Jadi, korang hanya bayar sedikit je untuk dapatkan 5G tu. 

Ciri-Ciri & Reka Bentuk 

Semasa sesi buka kotak, Budiey dapat katakan Samsung Galaxy A22 ini hadir dalam kemasan warna Violet. Panel belakangnya terdapat modul kamera segi empat yang memuatkan tiga sensor bersama LED Flash. 

Pengalaman Budiey Buka Kotak Samsung Galaxy A22 5G, Kamera Padu dengan Harga Mampu Milik

Galaxy A22 5G dilengkapi tiga kamera di belakang, terdiri daripada kamera utama 48MP, kamera ultra-lebar 5MP dan sensor kedalaman (depth sensor) 2MP, manakala di hadapan pula ia dilengkapi kamera swafoto 8MP. 

Semua kamera ini disokong oleh perisian canggih untuk menghasilkan gambar cantik yang sesuai untuk dimuat naik ke media sosial. Ia dapat merakam gambar panorama yang menakjubkan. Bagi yang suka selfie, kelebihan kamera depan 8MP menyokong Selfie Focus membuatkan untuk gambar korang lebih cerah dan jelas.

Salah satu fungsi menarik dalam telefon ini adalah kebolehannya untuk membantu anda mengambil gambar yang sangat cantik dengan ringkas. Kamera hadapan pula diletakkan pada takuk yang kecil pada panel hadapan. 

Rekabentuk yang simetri dengan sudutan berbulat memberikan keselesaan yang seimbang apabila anda menggenggam peranti. Gayanya unik dan tersendiri.

Turut kelihatan, peranti ini mempunyai binaan bezel yang tebal – terutamanya pada bahagian dagu. Di sebelah kanan, terdapatnya butang kuasa yang juga dipercayai menyokong fungsi imbasan cap jari. Tidak ketinggalan, Samsung turut dipercayai masih mengekalkan bicu audio 3.5mm dan port sambungan USB-C pada peranti ini.

Pengalaman Budiey Buka Kotak Samsung Galaxy A22 5G, Kamera Padu dengan Harga Mampu Milik

Spesifikasi Utama

Secara ringkas, berikut adalah spesifikasi penuh Galaxy A22 dan A22 5G.

  • Skrin 6.6 inci LCD FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz
  • Cipset Mediatek Dimensity 700 5G
  • RAM 8GB + storan 128GB
  • Bateri 5,000mAh + pengecasan pantas 15W
  • Kamera utama 48MP + kamera ultra lebar 5MP + sensor kedalaman 2MP
  • Kamera swafoto 8MP
  • Perisian Android 11 dengan antara muka OneUI 3.1
  • Bicu audio 3.5mm + kad microSD
  • Bluetooth 5.0, NFC, port USB-C, pengimbas cap jari di bahagian sisi
  • Pilihan warna kelabu, mint dan ungu

Galaxy A22 5G menggunakan paparan skrin Infinity-V dengan kadar segar semula 90Hz. Skrinnya pula lebar dengan saiz 6.6-inci FHD+, ni kalau layan movie, scroll sosial media atau main games confirm puas!

Selesa Digenggaman

Berat pula macamana? Berat takde la berat sangat. Ringan je sebenarnya dan yang paling utama, Budiey dapat rasa telefon bimbit ni sangat selesa dipegang. Nak pegang lama-lama pun takdelah lenguh sangat. 

Seperti model Galaxy A32, A22 turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 15W. Tak perlu tunggu lama untuk bateri penuh.

Ia turut dilengkapi dengan fungsi keselamatan pengimbas cap jari di bahagian sisi untuk memudahkan korang mengakses telefon dengan hanya satu butang.

Bagi model Galaxy A22 5G, storan dalamannya berkapasiti 128GB dengan RAM 8GB. Kalau storan ni masih tak cukup korang boleh menggunakan kad MicroSD sehingga 1TB.

Selain tu, model ni dilengkapi dengan pemproses Octa-Core MediaTek Dimensity 700 5G, yang memberikan korang sambungan pantas walaupun dengan penggunaan data yang banyak. Takdelah lag kalau tengah strim video atau main game.

Pengalaman Budiey Buka Kotak Samsung Galaxy A22 5G, Kamera Padu dengan Harga Mampu Milik

Jika korang ada niat mahu tukar telefon bimbit atau nak berikan kepada anak-anak yang sedang mengikuti kelas PDPr, bolehlah dapatkan telefon bimbit ini untuk pembelajaran anak-anak. Sebab Budiey kira Samsung Galaxy A22 5G telefon kelas pertengahan yang mampu milik. 

Oh ya, untuk yang nak beli Galaxy A22 5G, korang boleh dapat sarung pelindung Soft Clear bernilai RM39 secara percuma kalau lakukan pembelian sebelum 31 Ogos 2021. Sementara stok masih ada!

Budiey akan menceritakan lebih lanjut lagi tentang Samsung Galaxy A22 5G dari segi mutu kamera, mutu video dan juga kelajuan semasa main game pada masa akan datang. Jadi, korang kena nantikan rebiu secara lanjutnya di portal Budiey.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cepat & Tepat! Tonton 24 Jam Buletin TV3 di Laman Web Berita Harian

12 Anggota Keluarga Yana Samsudin Positif Covid-19