in , ,

Bangkitkan Semangat Patriotik Anda di Hari Merdeka & Hari Malaysia Ini Bersama MPO!

Bersempena dengan sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia tahun ini, sertai Orkestra Filharmonik Malaysia (atau Malaysian Philharmonic Orchestra – MPO) apabila mereka mempersembahkan sebuah siri konsert digital yang bertajuk MPO Patriotism Series. Siri ini mengandungi 7 buah video yang akan di siarkan secara berkala dan percuma di saluran YouTube MPO, MPO TV bermula dari 31 Ogos 2021 sehingga 16 September 2021.

Dipimpin oleh konduktor Ahmad Muriz Che Rose, siri konsert digital ini akan menyaksikan MPO memberi penghormatan kepada beberapa karya patriotik dan lagu rakyat tempatan yang ikonik, dipersembahkan dalam susunan orkestra simfoni yang tiada tandingannya.

Video pertama siri ini akan menyaksikan pemuzik-pemuzik MPO dan juga Orkestra Filharmonik Remaja Malaysia (atau Malaysian Philharmonic Youth Orchestra – MPYO) memberikan nafas simfonik baharu kepada karya Tanggal 31 Ogos (ditulis dan dinyanyikan oleh penyanyi Ahmad C.B dan dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman).

Video ini akan disertakan juga dengan sebuah lagi video oleh MPO mempersembahkan karya Negaraku dan Bahtera Merdeka, dimuat naik pada hari yang sama.

MPOPatriotism_A3

Karya-karya lain yang akan dipersembahkan pada minggu-minggu berikutnya ialah Cindai oleh Suhaimi Mohd Zain, Warisan oleh Syed Haron Ahmad, Tanah Pusaka oleh Tan Sri Ahmad Merican, Puteri Santubong oleh Tuan Haji Madzhi Johari dan Prihatin Malaysia oleh Dato’ Mokhzani Ismail.

Setiap karya yang akan dipersembahkan akan disajikan dengan pesanan dan komentari video mengenai karya-karya tersebut dari tokoh-tokoh terkenal industri muzik tempatan. Antara nama-nama yang akan membuat kemunculan dalam siri ini ialah Penaung MPO YABhg Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, Pengarah Muzik ORTM Dato’ Mokhzani Ismail, penggubah muzik Dato’ Johari Salleh, komposer Tuan Haji Madzhi Johari, penulis lirik Hairul Anuar Harun dan artis popular Malaysia, Datuk Syafinaz Selamat dan Aishah.

Dato Mokhzani

Dato Mokhzani

Mengulas mengenai kempen siri konsert digital ini, Ahmad Muriz Che Rose berkata,

“Selain untuk menyambut Hari Merdeka dan Hari Malaysia tahun 2021, siri konsert digital ini dibuat sebagai penghargaan terhadap karya-karya orkestra simfoni tempatan sambil menyampaikan ekspresi sentimen patriotik, dipersembahan di dalam bentuk orkestra.

Saya rasa amat berbesar hati dapat mengetuai dan mempersembahkan karya-karya patriotik yang terkenal oleh komposer-komposer legenda tempatan yang telah membentuk melodi patriotik selama ini,”

– Ahmad Muriz Che Rose
Hairul Anuar Harun

Hairul Anuar Harun

Marilah kita bersama meraikan Hari Merdeka dan Hari Malaysia 2021 bersama MPO, hanya di MPO TV!

Untuk maklumat terkini, sila layari www.mpo.com.my atau media sosial MPO (Facebook, Instagram dan YouTube).

Tempahan Telefon: 03-23317007 

Tempahan Email: [email protected]

Laman Web MPO: www.mpo.com.my 

Facebook dan Instagram: malaysianphilharmonicorchestra

YouTube: MPO TV

Spotify: MPO

Dato' Johari Salleh

Dato’ Johari Salleh

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Penuh Samsung Galaxy A22 5G, Bagus Untuk Sosial Media & Gamer!

HUAWEI nova 8 Dilancar di Malaysia dengan Harga RM1,899