in ,

Ulasan Konsert Big Stage 2019 Minggu Pertama

Konsert pertama program realiti Big Stage 2 telah berlangsung dengan meriah di Dewan Auditotrium Majlis Bandaraya Shah Alam pada hari Ahad lalu.

Sebanyak 12 peserta yang berasal dari Malaysia, Indonesia, Korea Selatan, Thailand dan Brunei memulakan langkah untuk berentap di pentas pembukaan Big Stage 2.

Tiada penyingkiran diumumkan untuk minggu pertama dan semua peserta melangkah ke minggu kedua dan bakal mempersembahkan lagu-lagu rancak.

Mark Adam diundang sebagai juri jemputan bagi bergandingan bersama dua juri tetap iatu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan.

Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan sistem pemarkahan beserta komen-komen yang telah diberikan:

Santesh – Amalina 82.33%
“Malam ini anda nyanyikan dengan terbaik. Tenaga yang cukup baik, vokal yang cukup baik. Anda kena jaga kesihatan, tak boleh jatuh sakit kerana anda boleh mengekalkan tenaga. Anda kena berjaga-jaga dengan high note,” – Mark Adam.

Dinda Permata – Tak Sanggup Lagi 77.33%
“Kamu membawakan lagu ini dengan baik. Hampir semuanya lancar dan kamu tidak terbawa emosi. Manfaatkan kesempatan ini kerana tidak semua orang ada kesempatan untuk bertanding di Big Stage. Ini baru minggu pertama,” – Cakra Khan.

Neeta – Sakit 77%
“Awak mampu mengawal emosi lagu itu. Bila ada bahagian sayu, awak buat di tempat yang betul. Bila di bahagian yang bertenaga, awak berikan tenaga di tempat yang sepatutnya. Ini peluang untuk awak menyerlah bila tampil secara solo,” – Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Syada Amzah – Dinda 75.33%
“Dari segi persembahan, awak begitu tenang. Tapi cara awak kawal nyanyian, saya berikan kredit kepada awak. Saya masih menantikan persembahan lebih kebabom lagi,” – Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Han-Byul – Shooting Star 74.67%
“Lagu ini bermula dengan nada tinggi, anda perlu melakukan persiapan yang baik. Nyanyian anda bagus. Anda harus ingat jika anda menyanyikan lagu seperti itu, sedikit sebanyak anda harus memasukkan sedikit elemen improvisasi,” – Cakra Khan.

Fieya Julia – Perasaanku 74%
“Secara ikhlas, saya memang meminati lagu ini. Nyanyian awak tak ada masalah, tapi wajah awak kelihatan tercari-cari dan gementar. Ambil kesempatan, perbaiki lagi. Tona suara awak sedap, penghayatan baik. Kawal ketakutan anda dengan kekuatan,” – Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Adzrin – Bukan Yang Terbaik 73%
“Di bahagian klimaks dan akhir, nampak sedikit penat. Improvisasi bagus untuk lagu jika dipakai secukupnya. Untuk pandangan pertama, anda sudah lakukan yang terbaik,” – Cakra Khan.

Aziz Harun – Jauh 72.33%
“Saya suka tone suara anda. Apa yang penting ialah bagaimanakah ia dinyanyikan, bukan boleh menyanyikan nada tinggi atau sebaliknya. Anda kedengaran sangat bagus,” – Mark Adam.

Sheryl Shazwanie – Perasaan 72%
“Persembahan kamu bagus. Ada beberapa note yang awak tertinggal, itu normal. Tapi kamu boleh berikan lagu itu lebih nyawa, banyak perkara yang kamu boleh lakukan. Persembahan tadi okay, berlatih lagi,” – Cakra Khan.

Kucaimars – Mimpi Yang Sempurna 71%
“Nampak di wajah anda sedang gementar. Anda banyak pengikut, banyak kelebihan anda. Suara ada mirip Ariel Noah. Kena dengan tone suara awak. Saya nak lihat awak cipta identiti sendiri, suara dah sedap. Minggu depan berikan yang terbaik,” – Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Irfan Haris – Redha 70%
“Saya dah lama kenal awak. Suara awak dah membesar juga, saya dengar ekspresi, saya dapat rasakan awak. Tapi tidak setiap masa. Penyanyi yang bagus dia akan ada jiwa setiap lagu yang mereka nyanyikan. Tapi penyanyi yang luar biasa ada jiwa dalam setiap perkataan yang mereka lagukan,” – Mark Adam.

Chaleeda – Pretty Boy 67%
“Saya sukakan awak. Tapi, bila awak menyanyi, awak kena buka mata. Janji dengan saya untuk memperbaiki vokal dan pergerakan anda. Ini merupakan peluang yang sangat besar untuk awak,” – Mark Adam.

Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad, Big Stage 2 dibawakan kepada anda oleh Vivo selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.

ULASAN PEDAS DARI HIJAU KERTAS

HAN BYUL – Part rubato kat depan tu agak kemas. Tp bila masuk korus agak bersepah yer. Pitchy. Tp heols punya stage control agak bagus. Nampak selesa atas stage. Breathing n tempo kena jaga2 tu. Next week dpt lagu rancak lg. Hope stamima kena improve. [MARKAH : 59.27%]

NEETA – Iols dr dulu adore dgn tone suara sheosl. Sejenis rare gitu. Neeta ninada potensi besar dlm BS ni. Tp kena buang perasaan nervous tu. Then breathing technique kena improve. Sbb kedengaran tercungap2. Dr segi feel n expression muka not bad la. [MARKAH : 72.25%]

AZIZ HARUN – Low notes agak shaky. He seems so nervous la. Nyanyian agak terganggu. Vocal runs x berapa kemas. Minggu pertama agak mengecewakan la knowing heols boleh nyanyi lbh baik dr ni. [MARKAH : 58.23%]

SYADA AMZAH – Agak menarik bila sheols try nk nyanyi broadway. Tp sorry dik attitude n skill perfomance sgt lemah. Styling nyanyian x kena dgn arrangement broadway. Nyanyian agak mendatar. [MARKAH : 53.66%]

ADZRIN – Sebutan x jelas la dik. Byk pelat2. Then kenapa projection suara tenggelam timbul. Plus byk kali keluar suara itik. Tp dr segi feel not bad jugak lah. Vocal run pun not bad. [MARKAH : 79.26%]

CALEEDA – Hmmm.. dr segi visual mmg sheols win la. Tp dr segi audio agak tenant mendengarnya. Apa justifikasi Astro luluskan sheols layak jd peserta? Suara standard karaoke. Byk part yg pitchy. Selayaknya tersingkir. [MARKAH : 42.83%]

KUCAIMARS – Tak paham lah kenapa heols seboleh2 nk jd Ariel Peterpan? Dik suara iras penyanyi lain tu x salah. Tp bila ko nyanyi lagu n ikut style penyanyi tu. Ko rasa ko boleh g jauh ke dgn jd klon penyanyi lain. Patut nyanyi la lagu sendiri. Anyway tone suara heols mendatar n pitchy. Dik cr identity sendiri. [MARKAH : 47.28%]

SHERYL SHAZWANI – Sejenis suara nipis n xde speciality. Suara sheols xde weight. Bunyi ringan sgt. Breathing n tempo kena jaga. Nothing impress. So unforgettable [MARKAH : 50.27%]

IRFAN HARRIS – Heols terlalu nervous. Tone sesap juga. Cuma kena hati2 dgn phrasing. After modulation last korus tu heols mcm agak lost n pitchy. Buang rasa malau2 utk perform lbh baik. [MARKAH : 61.86%]

FIEYA JULIA – Kawalan suara best. Low notes agak terjaga. Tone suara best. Projection pd higher register agak solidm Kena buang perasaan nervous tu sbb nampak sgt kat muka. Hopefully maintain la utk minggu seterusnya. Kalau sheols kurang nervous rasanya much better. Lagu ni best sampai siti lipiz pon nl risik2 komposernya. [MARKAH : 80.22%]

DINDA PERMATA – Dr segi pitching n kekemasan suara. Dinda plg bagus. Suara sheols so stabil. Tone pon sedap. Sesuai dgn lagu2 dangdut. Hopefully utk lagu2 lain pon bagus. Kalu sheols maintain boleh dapat ke final. [MARKAH : 83.66%]

SANTESH – The thing pasal santesh yg bagus is projection suara heols sgt solid. Then heols pandai lenggokkan suara. Sebutan pun jelas. Dr segi stage perfomance pon bagus. X sabar nk tgok heols nyanyi lagu Tradisional Melayu. So far Santesh nampak la calon juara. [MARKAH : 87.62%]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Angry Birds | 23

Peraduan Premiere With Budiey THE ANGRY BIRDS MOVIE 2

Fizo Omar | 24

All Stars Buka Panggung Cabar Bakat Lakonan Pelakon Popular