in ,

Ugly Betty New Season di 8TV

BETTY SUAREZ kembali…

Pasti anda masih ingat! Pada episod terakhir musim yang lalu, Betty (America Ferrera), meninggalkan kita dengan sebuah tanda tanya. Sama ada mahu menerima lamaran Henry Grubstick (Christopher Gorham) atau mahu ke Rome bersama Gio Rossi (Freddy Rodrguez).

Setelah hampir sepuluh bulan menanti, Betty akhirnya telah membuat keputusan berani dan segalanya akan terjawab di dalam musim terbaru Ugly Betty yang mula bersiaran pada 10 Februari 2009 jam 9.30 malam, percuma di 8TV!

“Betty kini kembali! Dan yang pastinya musim terbaru ini lebih menghiburkan! Banyak perkara yang berlaku dan anda pasti tidak mahu ketinggalan. Jangan lupa untuk menonton siaran 8TV bagi mendapatkan cerita terbaru dari Betty,” komen Lam Swee Kim, Pengurus Besar Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV.

Musim ke-3 ini menyaksikan Betty terbang ke Rome seorang diri untuk menenangkan diri disamping menambahkan pengalaman. Betty berharap kepulangannya nanti sedikit sebanyak dapat mengubah dirinya menjadi lebih bersemangat dan berani.

Namun setibanya di New York, Betty mendapati banyak perubahan yang telah berlaku antaranya Wilhelmina kini merupakan Ketua Pengarang bagi MODE dan Daniel pula mengendalikan Player sebuah majalah baru.

Selain itu Betty juga sudah tertipu apabila membeli sebuah apartment yang mahal diluar kemampuannya. Pada masa yang sama, Betty bertemu dengan jiran barunya bernama Jesse. Musim terbaru ini juga bakal menyaksikan penampilan istimewa Lindsey Lohan sebagai Kimmie Keegan iaitu saingan Betty sejak kecil.

Wilhelmina yang sentiasa penuh dengan tipu muslihat semakin bijak memanipulasi keadaan dan semakin bijak menyusun strategi untuk memastikan segala rancangan beliau akan berjaya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa yang bakal terjadi jangan lupa untuk menonton Ugly Betty (musim ke-3) setiap hari Selasa, bermula 10 Februari 2009 jam 9.30 malam hanya di 8TV. Anda juga dapat menonton siaran 8TV di saluran Astro 708 anda.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

FILEM THE CONTRACT LOVER LAKONAN RICHIE REN DI TV2

Drama Cinta Untuk Ain Ganti Drama Ku Milikmu di TV3