in

Uchop Juara Vokal Musim Kedua

Pada malam tadi telah berlangsung program realiti Vokal Bukan Sekadar Rupa (hashtag #vokal2) di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

[dropcap]T[/dropcap]ahniah diucapkan buat peserta Vokal musim kedua yang berasal dari Kedah, Uchop kerana telah dinobatkan sebagai juara dan berjaya menewaskan satu-satu lawannya, Mar. Wow, bestnya dapat duit RM100ribu. Sape nak kasi? Memang rezeki berpihak kepada Uchop.

Uchop yang masih berusia 28 tahun ini dikatakan mempunyai cara nyanyian yang versatil oleh juri, Hattan dan Ziana Zain sekaligus melayakkan peserta kelahiran Kuala Lumpur itu membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 beserta sebuah trofi.

“Saya bersyukur dan tidak sangka dapat menjuarai pertandingan ini. Moga menerusi wang tunai yang dihadiahkan, saya dapat menggunakannya sebaik mungkin, InsyaAllah.”

[pullquote align=”right”]Gelaran naib juara pula dimenangi oleh Mar atau nama sebenarnya Marlleynney Fane J.L Paul, 25 tahun, sekaligus menerima hadiah kemenangan sebanyak wang tunai sebanyak RM30,000 beserta sebuah trofi.[/pullquote]

Pada pertandingan tersebut, kedua-dua peserta perlu melalui tiga cabaran dimana yang pertama, Mar dan Uchop perlu membawakan persembahan solo.

Mar membawakan lagu medley iaitu Semua Isi Hatimu nyanyian 3 Suara dan Sesuatu Janji (Taufik Batisah). Manakala Uchop menyanyikan lagu Dipenjara Hidup dan Opera Hidup nyanyian penyanyi asalnya, Awie.

Seterusnya, tugasan kedua pula mereka membawakan lagu baru ciptaan khas oleh komposer Ajai iaitu Maafkanlah Cinta (Mar) dan Yuzai pula menghasilkan lagu buat Uchop berjudul Biar Jujurlah Padanya.

Cabaran terakhir pula, Mar dan Uchop mengharungi segmen ‘battle’ dimana kedua-dua mereka akan membawakan lagu pilihan sendiri.

Sementara itu, pentas Vokal turut dimeriahkan dengan persembahan penyanyi hebat iaitu Saleem, Zamani, Hattan dan Ziana Zain.

Sepanjang 12 minggu pertandingan berlangsung, format permakahan Vokal dibahagikan kepada dua iaitu 50 peratus daripada juri manakala 50 peratus lagi menerusi SMS. – Mstar Online.

Konsert tersebut bersiaran menerusi saluran TV3, setiap Rabu, pukul 9 malam.

Uchop yang menyanyikan lagu 'Biasan', lagu asal To'ki

Yus Uchop Semi Finalists

Uchop masa semi final Vokal

Poster Konsert Akhir VOKAL 2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem 2012 Tutup Tirai Program Countdown 2013 Di TV2

Temubual Eksklusif Bersama Elfira Loy Pelakon Muzikal Ali Baba