in , ,

Buletin Utama Siar Usaha Malaysia Berdiri Teguh Bersama Rakyat Palestin

Duka Tanpa Penghujung…Fokus Khas Usaha Malaysia Berdiri Teguh Bersama Rakyat Palestin. Saksikan Buletin Utama TV3 Malam Ini!

Petaling Jaya, 25 Mei 2024 – Saksikan slot istimewa Buletin Utama TV3 malam ini, 25 Mei 2024 pada pukul 8.00 malam! TV3 dengan bangganya mengumumkan bahawa slot Buletin Utama di TV3 hari ini akan memberi tumpuan khas kepada usaha Malaysia dalam berdiri teguh bersama nasib rakyat Palestin. Dalam laporan eksklusif ini, kami akan mengetengahkan pendirian tegas Malaysia yang tidak tunduk kepada propaganda Barat.

Dalam usaha memperjuangkan hak-hak rakyat Palestin, Malaysia telah mengambil pelbagai inisiatif diplomatik dan kemanusiaan yang mendapat perhatian di peringkat antarabangsa. Slot berita khas ini memperlihatkan komitmen negara kita dalam menyokong Palestin, termasuk bantuan kemanusiaan dan sokongan diplomatik yang tidak berbelah bahagi.

Buletin Utama Siar Usaha Malaysia Dalam Berdiri Teguh Bersama Rakyat Palestin

Menerusi laporan eksklusif malam ini, Buletin Utama juga akan mendapatkan pandangan dari penganalisis yang sentiasa mengikuti rapat perkembangan mutakhir di Palestin terutama kekejaman rejim Israel ke atas Gaza sejak Oktober tahun lepas.  Pakar-pakar ini akan menyentuh ketegasan pemimpin-pemimpin negara yang membantah kekejaman berterusan tentera rejim hingga menyebabkan rakyat Palestin terus menderita.

Kami percaya kepada kepentingan penyelesaian yang adil dan berkekalan bagi konflik yang berterusan dan komited untuk meningkatkan kesedaran serta mempromosikan pemahaman melalui platform kami. ‘TV3 dan Tonton Prihatin’ terhadap situasi yang berlaku di Palestin dan berusaha untuk memberi sokongan padu kami kepada mereka yang memerlukan

Dalam usaha menghibur, kami turut sensitif dan mengambil berat susulan krisis kemanusiaan yang berlaku di dunia Palestin. Kami di TV3 sentiasa prihatin terhadap krisis kemanusiaan dan kekejaman yang berlaku ke atas rakyat Palestin.  Media Prima Teguh Berdiri Bersama Palestin! Hulurkan sumbangan anda kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima melalui kotak tabung yang disediakan atau salurkan menerusi akaun Bank Muamalat 1401 0008 8447 15 atau Maybank 5642 7651 0331. Sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima akan digunakan untuk membiayai bantuan kemanusiaan bagi komuniti yang terjejas.

#MediaPrimaBersamamuPalestin

#InspirasiGenerasi

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan laporan khas ini menerusi slot Buletin Utama pada pukul 8.00 malam ini. Kami komited untuk membawa berita yang tepat, berani dan memberi suara kepada mereka yang tidak didengari. Dengan laporan ini, kami berharap untuk meningkatkan kesedaran dan menyemarakkan semangat solidariti terhadap rakyat Palestin.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Berseronok Tanpa Henti di BRICK FEST LEGOLAND® Malaysia Resort!

Lembaga Pelancongan Sarawak Lancar Program Destinasi Bersama PATA