in , ,

Tyzo & Rara Kembali Bergabung di Pentas KNKV Viral Award 2024

Debaran semakin hampir menjelang malam anugerah KNKV Viral Award 2024 yang bakal berlangsung pada Selasa, 20 Feb 2024 ini di Zepp Kuala Lumpur.

KNKV Viral Award 2024 adalah sebuah majlis pengiktirafan kepada Pempengaruh (Influencer), Pencipta Kandungan (Content Creator), Platform Tular (Viral Page) dan Saluran Tular (Viral Channel) terulung di Malaysia. 

Hari ini, Penganjur KNKV Viral Award 2024 telah mengumumkan 4 hos yang akan mengacarakan majlis anugerah tersebut termasuk Tyzo Xander yang telah diumumkan sebelum ini. 

Tyzo Xander dan Rara Kembali Bergabung di Pentas KNKV Viral Award 2024

“Bagi saya gandingan bersama Kak Rara sebagai penyampai radio sebelum ini adalah cukup hebat, saya akui saya dapat anugerah Penyampai Radio Popular ABPBH ke 35 kerana bergandingan dengan dia.

Alhamdulillah ramai pendengar suka dengan gandingan kami, kali ini pasti lebih istimewa kami ditemukan jodoh sekali lagi atas pentas anugerah berprestij dan live di TV pula,”

– Tyzo

Paling mencuri tumpuan adalah Syarifah Shahirah atau lebih mesra sebagai Rara yang akan kembali bergandingan bersama Tyzo, lebih istimewa kali ini mereka akan bersiaran secara langsung di kaca televisyen. 

Sebelum ini, gandingan Tyzo dan Rara telah menemani pendengar sebuah stesen radio swasta sejak tahun 2016 namun kontrak Tyzo ditamatkan menjadikannya isu kontroversi pada Januari lalu. 

Tyzo Xander dan Rara Kembali Bergabung di Pentas KNKV Viral Award 2024

“Sejujurnya saya senang dapat terus bekerja dengan Tyzo, dia paling kelakar dan terbaik. Pastinya dia akan menjadi hos TV yang baik kerana bagi saya dia bijak dan peka dengan sekeliling,”

– Syarifah Shahirah (Rara) 

Anugerah KNKV Viral Award 2024 akan turut menampilkan hos Azhar Jalil & Diana Rusdi. 

Layari: 

LAMAN WEB | https://knkvviralaward.com
FACEBOOK | https://www.facebook.com/knkvgroup INSTAGRAM | https://www.instagram.com/knkvgroup/ 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jumpa Pengurusan MPA, Betul Ke Tyzo Sah Akan Jadi Penyampai Hot FM?

Filem RAIN TOWN Angkat Kisah Konflik Keluarga Arahan Tunku Mona