in , ,

Tya Arifin, Farah Nabilah & Kilafairy Bersatu Demi Asyraf Khalid

Tiga artis wanita terkenal, Farah Nabilah, Kilafairy dan Tya Arifin yang turut menceburi dunia perniagaan akan terbabit menyertai siri jelajah Celebpreneur 2019 bermula 1 Mac ini di Holiday Villa Johor.

Masing-masing akan mengisi slot perkongsian berkongsi perjalanan mereka memiliki produk jenama sendiri sekali gus menggalakkan orang ramai serta peminat untuk menjana pendapatan sampingan dengan bergelar stokis dan agen.

Tiga produk yang dimaksudkan ialah jamu Mutyarabeauty dihasilkan Tya, produk penurunan berat badan dan kecantikan kulit Kilafit (Kilafairy) dan cecair kolagen Fawaabeauty (Farah Nabilah). 

Tya Arifin, Farah Nabilah & Kilafairy Bersatu Demi Asyraf Khalid

Ketiga produk berkenaan juga dihasilkan di bawah naungan A Klasse Essentials Sdn Bhd milik Asyraf Khalid yang ditubuhkan sejak hampir dua tahun lalu.

“Siri jelajah Celebpreneur 2019 ini dirancang di beberapa lokasi di seluruh negara. Selepas Johor, jelajah ini akan diteruskan di Pulau Pinang pada 8 Mac, Sabah (16 Mac) dan Sarawak (17 Mac). Ada beberapa lokasi lagi akan menyusul selepas itu. Penyertaan dan kemasukan adalah percuma. 

Program ini dirancang dari jam 3 petang hingga ke malam. Selain tiga produk ini, A Klasse Essential turut menghasilkan vitamin minda untuk kanak-kanak, Jiwakukids by Arif Jiwa dan kosmetik Madame Izara (Izara Aishah).  Bagaimanapun untuk jelajah ini hanya Mutyarabeauty, Fawaabeauty dan Kilafit saja terbabit.

“Kita harap jelajah ini dapat buka peluang untuk golongan wanita khususnya bagi menjana pendapatan sampingan dengan menjadi agen mahupun stokis. Tya, Farah dan Kilafairy akan diberi masa dalam sejam untuk berkongsi cerita dan perniagaan mereka.

Saya akan menutup siri perkongsian ini dalam setiap siri jelajah yang dijadualkan,”

– Asyraf Khalid

Tambah Ashraf lagi, mereka yang mahu menjadi agen dan stokis boleh mendaftar terus di siri jelajah ini.

Acara beramah mesra juga akan diadakan selain membuka ruang untuk mereka yang mahu daftar terus jadi agen dan stokis,” katanya.

Sementara itu, Tya yang juga isteri kepada Ashraf berharap ruang jelajah ini dapat menjadi medan terbaik berkongsi pengalamannya yang sudah mengkomersialkan jamu jenamanya sejak hampir setahun.

“Kebiasaan dan selalunya ada stigma yang melihat jamu itu hanya untuk dijamah orang tua sahaja. Tak kurang juga yang melihat jamu hanya amalan bagi wanita selepas bersalin. Sedangkan khasiat semula jadinya itu bagus untuk semua wanita. Jika kita sendiri sebagai golongan wanita yang tidak menghargai semua itu, siapa lagi yang akan melakukannya.

“Saya sendiri menjadi pengamal jamu tegar. Saya lihat potensi jamu ini wajar dikomersialkan apatah lagi ia hasil resipi turun temurun dari keluarga. Saya tidak mahu khasiat jamu itu dibiarkan begitu sahaja sebaliknya ingin berkongsi dengan seluruh wanita di luar sana yang percaya betapa peri pentingnya amalan ini.”

“Saya juga harap kehadiran Mutyara Beauty ini dapat mengubah pandangan skeptikal itu dan diperluaskan lagi penggunaannya untuk semua wanita. Mutyara Beauty khususnya boleh diminum oleh perempuan di usia 16 tahun, mereka yang belum berkahwin hingga seterusnya. Bahkan saya mahu lihat ia menjadi keperluan wajib untuk ibu muda seperti saya untuk menghargai diri dan orang tersayang dengan penjagaan dalaman diri,”

– Tya

Tambah Tya lagi yang sedang hamil tujuh bulan anak kedua, dia berharap jelajah ini dapat jadi platform berkongsi peluang dan interaksi sekali gus menggalakkan golongan wanita membuat duit sampingan.

“Saya akan kongsi pengalaman sebelum jual jamu ini secara komersial dan bagaimana perjalanannya hingga kini,”

– Tya

Tya bakal muncul dengan program realiti sendiri, In Love With Tya bermula hari ini (Isnin) di Astro Naura jam 9 malam. 

Untuk keterangan lanjut mengenai acara ini boleh ke Instagram @celebpreneur2019 atau hubungi talian 0199093170.

Tya Arifin, Farah Nabilah & Kilafairy Bersatu Demi Asyraf Khalid
Tya Arifin, Farah Nabilah & Kilafairy Bersatu Demi Asyraf Khalid

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kumpulan Duo Kembar THE MIRZA Lancar Single LELAH MENGALAH

Video Penyanyi Baru Dihentam Samseng Semasa Roadshow Promosi di Sogo